Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Ini bukanlah Quran gergasi, bukan juga "silap mata" semata-mata.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Haidar Hamdani/ AFP)

Diterbitkan : 04 Jun 2018 11:56AM Dikemas Kini : 04 Jun 2018 03:35PM

BERITAMediacorp: Ini bukanlah Quran gergasi, bukan juga "silap mata" semata-mata. Hanya Quran berukuran lebih besar daripada biasa yang dibaca oleh seorang kanak-kanak bertubuh kecil sehingga Quran ini kelihatan seperti 'Quran gergasi'.

Kelmarin (2 Jun), satu sesi membaca al-Quran diadakan secara besar-besaran di makam Imam Ali Ibn Abi Taleb di kota Iraq, Najaf, sempena bulan Ramadan. Menariknya, tidak hanya orang dewasa yang menyertai acara itu. Ramai kanak-kanak seperti budak lelaki dalam Gambar Pilihan Hari Ini turut menyertai sesi membaca al-Quran tersebut.

Secara kebetulan, satu sesi serupa juga berlangsung di Singapura pada hari yang sama! Masjid Al-Iman bergema dengan bacaan ayat suci al-Quran secara beramai-ramai sempena kempen Quran Hour, yang diadakan buat kali kedua di Singapura pada 2 Jun. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan