Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Beginilah suasana mengharukan ketika beruang kutub ikonik pertama yang dilahirkan di kawasan tropika, Inuka, diberikan suntikan terakhir bagi menamatkan penderitaannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: WRS)

Diterbitkan : 26 Apr 2018 01:09PM Dikemas Kini : 26 Apr 2018 01:11PM

BERITAMediacorp: Beginilah suasana mengharukan ketika beruang kutub ikonik pertama yang dilahirkan di kawasan tropika, Inuka, diberikan suntikan terakhir bagi menamatkan penderitaannya.

Penjaga-penjaga yang pernah merawatnya mahupun mereka yang merawatnya pada saat-saat akhir berkumpul dalam ruang tertutup untuk mengucapkan selamat tinggal kepada haiwan itu. Mereka memastikan Inuka dalam keadaan selesa dan dikelilingi mereka yang tersayang sebelum diberi suntikan untuk menidurkannya buat selama-lamanya oleh Penolong Pengarah Perkhidmatan Haiwan Dr Abraham Mathew.

Inuka berusia 27 tahun. Ia dilahirkan pada 26 Disember 1990 di Taman Haiwan Singapura. Menurut taman itu, ia tidak akan membawa masuk beruang kutub ke Singapura, sejajar dengan tumpuannya untuk menampilkan hidupan liar tropika dan spesies terancam di Asia Tenggara. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan