Gambar Pilihan Hari Ini
Bayangkan anda ternampak manusia bertubuh kecil, dalam pakaian serba putih dengan wajah seperti ini pada waktu malam.
BERITAMediacorp: Bayangkan anda ternampak manusia bertubuh kecil, dalam pakaian serba putih dengan wajah seperti ini pada waktu malam. Malah, ada kepala kuda di bahagian depannya. Yang pasti ini bukan kuda kepang.
Tetapi kalau anda ke Longxian, anda akan melihat ramai seperti kanak-kanak ini. Ini kerana penduduk kampung di kawasan itu sering menyambut Pesta Shu Huo setiap tahun sebagai menyambut berakhirnya Tahun Baru Cina. Para penduduk akan mengecat muka mereka menggunakan warna merah jambu dan memakai jubah tradisional. Mereka kemudian akan memegang pedang dan peralatan lain untuk menyamar sebagai tokoh-tokoh dalam cerita legenda.
Gambar Pilihan Hari Ini dipetik di kawasan perkampungan di wilayah Shaanxi, China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.