Skip to main content

Iklan

Iklan

Gambar Pilihan Hari Ini

Penaka tarian seni di permukaan laut. Itulah zahirnya kelihatan. Hakikatnya bukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: @giovannaphotography/ Instagram)

Diterbitkan : 01 Apr 2018 02:36PM Dikemas Kini : 01 Apr 2018 02:39PM

BERITAMediacorp: Penaka tarian seni di permukaan laut. Itulah zahirnya kelihatan. Hakikatnya bukan. Sanggupkah anda melakukan aksi berani lelaki ini setiap hari semata-mata untuk mencari nafkah demi menyara kehidupan keluarga?

Dengan hanya satu kaki di bahagian depan perahu dan tanpa memegang sebarang tiang, lelaki ini mengimbangi dirinya di atas perahu kecil untuk menangkap ikan menggunakan tangguk besar. Lebih menghairankan lagi, lelaki ini menggunakan satu lagi kakinya untuk menggerakkan tangguk itu dari permukaan air.

Jadi kalau anda sedang mengeluh kerana harus kerja pada hujung minggu ini, mungkin anda boleh melihat betapa susahnya lagi kehidupan nelayan di negara lain untuk mencari sesuap nasi. Gambar ini dipetik di Tasik Inle, Myanmar. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan