Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • papa miyan
    (Gambar: SAM PANTHAKY / AFP)

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Apa yang dilakukan lelaki ini memang nampak menyakitkan. Namun, beliau melakukannya sempena menyambut ulang tahun kematian seorang tokoh di India.

Gambar pilihan hari ini menunjukkan seorang lelaki Muslim yang mengangkat sebuah bangku kecil dengan menggunakan besi yang sudah ditusuk menembusi pipinya. Ini dilakukan sempena ulang tahun kematian yang kelapan, Rafai Papa Miyan Sai di kuil Shah-E-Alam Dargah yang terletak di Ahmedabad.

Lebih dikenali sebagai Papa Miyan, beliau merupakan seorang pejuang tegar kebajikan dan pendidikan bagi kaum wanita.  Papa Miyan memeluk Islam pada awal 1890-an. Beliau meninggal dunia pada tahun 1965.

- BERITAMediacorp/AFP/NK/nk

Top