Gambar Pilihan Hari Ini

Images
  • camel
    (Gambar: Satish Kumar/ Reuters) 

Gambar Pilihan Hari Ini

BERITAMediacorp: Walaupun sakit mata memandang unta yang seolah-olah dianiaya ini, sebenarnya unta ini sedang dibantu pakar-pakar perubatan haiwan kerana kakinya terluka.

Gambar Pilihan Hari Ini memaparkan suasana di ruang pembedahan di mana saiz 'pesakit' melebihi mereka yang merawatnya. Dek bentuk badannya dan bahagian tubuhnya yang sakit, unta ini terpaksa digantung secara songsang semasa menjalani pembedahan.

Pembedahan ini dilakukan di Hospital Unta Dubai pada 11 Disember 2017. Seperti manusia, unta ini juga perlu sokongan untuk menjalani pembedahan. 

- BERITAMediacorp/aq

Top