Skip to main content

Iklan

Iklan

Wilayah Victoria lapor kes baru COVID-19 mula susut

Wilayah Victoria, Australia, hari ini (14 Sep) melaporkan kemerosotan dalam kes jangkitan baru COVID-19. Ini sedang ia berusaha untuk mempercepatkan pelancaran vaksinasi di pinggir bandar ibu negeri Melbourne yang paling teruk terjejas itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Wilayah Victoria lapor kes baru COVID-19 mula susut

Hari pertama perintah berkurung dikuatkuasakan di Victoria, Melbourne, Australia, pada 16 Jul 2021 untuk membendung penularan COVID-19. (Gambar: Sandra Sanders/REUTERS)

Diterbitkan : 14 Sep 2021 11:56AM Dikemas Kini : 14 Sep 2021 11:57AM

SYDNEY: Wilayah Victoria, Australia, hari ini (14 Sep) melaporkan kemerosotan dalam kes jangkitan baru COVID-19. Ini sedang ia berusaha untuk mempercepatkan pelancaran vaksinasi di pinggir bandar ibu negeri Melbourne yang paling teruk terjejas itu.

Sejumlah 445 kes baru jangkitan tempatan dikesan, merosot daripada jumlah tertinggi yang dicatatkan tahun ini iaitu sebanyak 473 kes sehari sebelumnya. Dua kematian akibat koronavirus juga dilaporkan.

Melbourne berharap untuk menamatkan perintah berkurung yang dilanjutkan melalui kadar vaksinasi yang tinggi selepas menggugurkan satu strategi penghapusan virus sedang para pegawai bergelut untuk mengatasi penularan yang disebabkan oleh varian Delta yang amat berjangkit.

Pemerintah persekutuan merancang untuk memberi suntikan vaksin tambahan sebanyak 417,000 sepanjang tiga minggu mendatang kepada para penduduk di utara dan barat Melbourne, di mana kebanyakan kes baru jangkitan dikesan.

Hampir separuh daripada 25 juta penduduk Australia berada di bawah perintah berkurung termasuk mereka di Sydney dan Melbourne, iaitu bandar-bandar terbesarnya dan ibu kota Canberra, sedang negara itu bergelut dengan gelombang ketiga jangkitan.

Pihak berkuasa berharap dapat melonggarkan beberapa sekatan ketat sebaik sahaja kadar vaksinasi dua dos dalam kalangan penduduk dewasa mencapai 70 peratus dan kemudian melonggarkan lebih banyak sekatan apabila mencapai 80 peratus berbanding 42 peratus sekarang.
 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan