Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Wilayah Maharashtra India kenakan sekatan baru COVID-19

Wilayah Maharashtra di India akan mengenakan sekatan-sekatan ketat mulai esok (5 Apr) untuk membendung penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Wilayah Maharashtra India kenakan sekatan baru COVID-19

Wanita memakai pelitup di India. (REUTERS/Francis Mascarenhas/Files)

Diterbitkan : 04 Apr 2021 09:53PM Dikemas Kini : 04 Apr 2021 09:54PM

MUMBAI: Wilayah Maharashtra di India akan mengenakan sekatan-sekatan ketat mulai esok (5 Apr) untuk membendung penularan COVID-19.

Demikian menurut seorang menteri negara itu hari ini (4 Apr) menyusuli kenaikan pantas jumlah kes jangkitan.

Wilayah itu akan menutup pusat-pusat belia-belah, pawagam, kelab minuman arak dan restoran mulai malam esok dan melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya pada hujung minggu, kata Encik Nawab Malik kepada para wartawan selepas menghadiri mesyuarat kabinet.

Kes COVID-19 terus meningkat dengan pantas di India dengan jumlah kes baru hampir mencecah jumlah paling tinggi hari ini. Sebahagian besarnya disebabkan kes jangkitan di Maharashtra, di mana terletaknya ibu kota kewangan India, iaitu Mumbai.

Negara itu melaporkan 93,249 kes baru dalam tempoh 24 jam pada pagi tadi, menurut data Kementerian Kesihatan persekutuan.

Maharastra menyumbang kepada lebih separuh kes yang dilaporkan itu, dengan rekod 49,447 kes baru.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan