Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO tubuh yayasan tokok dana lawan virus korona

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Rabu (27 Mei) tentang penubuhan sebuah yayasan untuk memanfaatkan sumber pendanaan baru yang boleh membantu mengurangkan potensi kekurangan wang tunai. 

Anggaran Waktu Membaca:
WHO tubuh yayasan tokok dana lawan virus korona

Ibu pejabat WHO di Geneva. (Gambar: Fabrice COFFRINI/AFP)

Diterbitkan : 28 May 2020 08:49AM Dikemas Kini : 28 May 2020 08:50AM

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan pada Rabu (27 Mei) tentang penubuhan sebuah yayasan untuk memanfaatkan sumber pendanaan baru yang boleh membantu mengurangkan potensi kekurangan wang tunai. Ini sedang pertubuhan itu memimpin dunia dalam perangnya terhadap pandemik COVID-19.

Mengumumkan penubuhan Yayasan WHO di satu sidang maya, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menafikan langkah itu ada kaitan dengan "isu pembiayaan dana baru-baru ini" sambil menyatakan ia sudah dilakarkan sejak beberapa tahun lalu.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam akan menghentikan pembiayaan dana, dengan negara itu adalah penderma terbesar WHO, setelah mengutuk pengendalian pertubuhan tersebut terhadap pandemik itu dan menuduhnya berpihak kepada China. Dalam sepucuk surat kepada Tedros minggu lalu, Trump menggesa agensi PBB supaya memulakan penyusunan semula dalam tempoh 30 hari.

Tedros memberitahu sidang media bahawa badan itu sudah memberi amaran "berkali-kali" mengenai wabak berkenaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Negara-negara sudah mengenal pasti jurang dalam persediaan memerangi wabak itu tetapi pembiayaan dana masih belum diwujudkan, katanya.

Tedros berkata bulan ini bahawa belanjawan tahunan WHO sekitar AS$ 2.3 bilion (S$3.2 bilion) adalah "sangat, sangat kecil" untuk sebuah agensi sejagat, iaitu sekitar hospital bersaiz sederhana di negara maju.

Beliau menambah sumber pendanaan juga tidak menentu.

Yayasan WHO ditubuhkan sebagai entiti pemberian geran bebas yang akan menyokong usaha agensi PBB itu untuk menangani cabaran kesihatan global paling mendesak dengan mengumpul dana baru daripada "sumber bukan tradisional".

Pengasasnya, Thomas Zeltner, bekas setiausaha kesihatan Switzerland, memberitahu Reuters bahawa beliau mengharapkan sumbangan bernilai tinggi daripada individu serta syarikat dan masyarakat umum.

Di taklimat yang sama pada Rabu, Ketua Program Darurat WHO Mike Ryan menekankan sekali lagi bahawa badan itu sudah menasihatkan supaya jangan menggunakan hydroxychloroquine untuk merawat COVID-19 - ubat yang digunakan Trump untuk mencegah jangkitan COVID-19. 


Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan