Skip to main content

Iklan

Iklan

WHO tolak rawatan plasma darah bagi pesakit COVID-19

Rawatan COVID-19 menggunakan plasma darah pesakit yang sudah sembuh daripada  penyakit itu tidak sepatutnya diberikan kepada individu yang dijangkiti dengan gejala ringan atau sederhana, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
WHO tolak rawatan plasma darah bagi pesakit COVID-19

Plasma pemulih menunjukkan kejayaan baik apabila diberikan secara dimasukkan dalam salur darah kepada pesakit COVID-19. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Dec 2021 03:54PM Dikemas Kini : 07 Dec 2021 03:57PM

PARIS: Rawatan COVID-19 menggunakan plasma darah pesakit yang sudah sembuh daripada penyakit itu tidak sepatutnya diberikan kepada individu yang dijangkiti dengan gejala ringan atau sederhana, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa (7 Dis).

Kaedah rawatan plasma pemulihan menunjukkan kejayaan baik apabila diberikan secara dimasukkan dalam salur darah kepada pesakit COVID-19.

Namun menerusi saranan yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan British, WHO kini menyatakan "bukti sedia ada menunjukkan kaedah itu tidak meningkatkan peluang untuk hidup atau mengurangkan keperluan menggunakan alat bantuan pernafasan selain terlalu mahal dan mengambil masa yang lama".

WHO menegaskan agar plasma darah tidak digunakan bagi merawat pesakit COVID-19 yang tidak bergejala serius. Bahkan untuk pesakit bergejala teruk dan kritikal, rawatan itu hanya perlu diberikan sebagai sebahagian ujian klinikal.

Plasma pemulih adalah bahagian cecair dalam darah pesakit COVID-19 yang sembuh dan mengandungi antibodi dihasilkan tubuh selepas dijangkiti virus itu.

Ia adalah antara beberapa kaedah rawatan berpotensi yang dikaji pada awal pandemik tetapi hasil ujian klinikal mendapati manfaat yang terhad.

WHO menyatakan saranan terbarunya itu adalah berdasarkan bukti daripada 16 ujian melibatkan 16,236 pesakit COVID-19 yang bergejala tidak teruk, serius serta kritikal. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan