Skip to main content

Iklan

Iklan

WHO gesa negara sedunia utamakan perjalanan antarabangsa yang penting

Negara-negara harus menarik balik sekatan-sekatan perjalanan antarabangsa secara bertahap-tahap berdasarkan penilaian risiko menyeluruh dan mesti memberi keutamaan kepada perjalanan penting atas urusan kecemasan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis (30 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
WHO gesa negara sedunia utamakan perjalanan antarabangsa yang penting

Ibu pejabat WHO di Geneva. (Gambar: Fabrice COFFRINI/AFP)

Diterbitkan : 31 Jul 2020 10:24AM Dikemas Kini : 31 Jul 2020 10:25AM

GENEVA: Negara-negara harus menarik balik sekatan-sekatan perjalanan antarabangsa secara bertahap-tahap berdasarkan penilaian risiko menyeluruh dan mesti memberi keutamaan kepada perjalanan penting atas urusan kecemasan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis (30 Jul).

WHO menyarankan bahawa keutamaan harus diberikan bagi perjalanan penting atas urusan kecemasan, tindakan kemanusiaan, perjalanan kakitangan penting dan penghantaran pulang ke negara asal.

Jumlah kes baru yang melonjak semula di banyak bahagian dunia memaksa banyak negara menguat kuasakan semula sekatan-sekatan perjalanan.

WHO kini menggesa setiap negara supaya menjalankan analisis risiko dan faedah masing-masing dan membuat keputusan tentang keutamaannya, sebelum membenarkan semula perjalanan antarabangsa.

Dalam nasihat perjalanan terkininya, WHO menyatakan bahawa negara-negara mesti mengambil kira penularan tempatan dan pola penularan, serta langkah-langkah kesihatan dan sosial yang sudah dikuat kuasakan.

Jika negara-negara memilih untuk mengenakan kuarantin ke atas semua pelawat sejurus mereka tiba, negara-negara tersebut mesti berbuat demikian selepas menilai risikonya dan mempertimbangkan kesan terhadap penduduk tempatan, kata WHO. Tiada istilah "risiko sifar" apabila mempertimbangkan kes import atau eksport yang mungkin berlaku dalam perjalanan antarabangsa.

Awal minggu ini, WHO menyatakan bahawa larangan ke atas perjalanan antarabangsa tidak boleh dikuat kuasakan selama-lamanya dan negara-negara perlu mengambil langkah lanjut untuk membendung penularan virus korona baru itu di kawasan sempadan mereka.

WHO menyatakan bulan lalu bahawa ia akan mengemas kini garis panduan perjalanannya menjelang cuti musim panas di hemisfera utara.

Awal bulan ini, WHO menggesa para pelawat supaya memakai pelitup ketika menaiki kapal terbang dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini sedang kes-kes COVID-19 melonjak sekali lagi di beberapa negara.

Garis panduan WHO bagi para pelawat sebelum ini termasuk nasihat yang boleh diguna pakai dalam keadaan lain seperti menjaga jarak selamat, mencuci tangan dan elak daripada menyentuh mata, hidung atau mulut.

Sumber : Reuters/AY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan