Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

WHO beri amaran varian baru COVID-19 'lebih mudarat'

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Khamis (15 Jul) bahawa varian COVID-19 "lebih berbahaya" mungkin merebak ke seluruh dunia sedang jumlah kes global meningkat kepada setengah juta setiap hari, sebahagian besarnya disebabkan oleh varian Delta yang mudah berjangkit.

Anggaran Waktu Membaca:
WHO beri amaran varian baru COVID-19 'lebih mudarat'

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 16 Jul 2021 09:50AM Dikemas Kini : 16 Jul 2021 09:52AM

PARIS: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran pada Khamis (15 Jul) bahawa varian COVID-19 "lebih berbahaya" mungkin merebak ke seluruh dunia sedang jumlah kes global meningkat kepada setengah juta setiap hari, sebahagian besarnya disebabkan oleh varian Delta yang mudah berjangkit.

Perangkaan AFP berdasarkan sumber-sumber rasmi mendapati, setelah jumlah jangkitan merosot buat seketika, ia kembali meningkat di seluruh dunia sejak hujung Jun, mencecah 540,000 kes pada Selasa (13 Jul) dan sekali lagi pada Rabu (14 Jul).

"Pandemik ini masih belum berakhir," menurut jawatankuasa darurat WHO dalam kenyataannya.

Ia turut menarik perhatian "terdapat kemungkinan berlaku kemunculan semula dan penularan varian baru dan mungkin juga lebih berbahaya dan lebih sukar untuk ditangani".

Virus itu muncul semula di beberapa tempat yang berjaya mengelak daripada terkena pandemik yang paling buruk, dengan Australia sebelum ini dipuji atas kejayaan strategi "sifar COVID-19" namun negara itu kini berdepan dengan lonjakan kes yang kian meningkat kepada hampir 1,000 kes dalam sebulan.

Sekitar 12 juta warga Australia menjalani arahan jangan keluar rumah di bandar kedua terbesar di negara itu, Melbourne.

ACARA SUKAN TURUT TERJEJAS

Penularan koronavirus itu mencetuskan keadaan huru-hara dari Asia ke Afrika, meragut nyawa lebih empat juta orang sejak ia pertama kali dikesan di China pada Disember 2019.

Dengan hanya seminggu sahaja sebelum upacara perasmian Sukan Olimpik, pihak berkuasa Jepun melaporkan 1,308 kes baru di Tokyo, iaitu jumlah tertinggi sejak Januari.

Pihak penganjur mengesahkan bahawa seorang atlit di Jepun dan lima pekerja Olimpik, sebahagian besarnya merupakan kontraktor, diuji positif COVID-19.

Ini setelah lapan kakitangan di sebuah hotel yang menghoskan pasukan judo dari Brazil diuji positif dan seorang kakitangan dari pasukan ragbi Rusia dimasukkan ke hospital setelah diuji positif.

COVID-19 juga menimbulkan cabaran unik kepada para penganjur acara sukan.

Tiga anggota pasukan Formula One McLaren diuji positif, termasuk ketua pegawai eksekutif Zak Brown, menurut pasukan itu pada Khamis, menjelang perlumbaan British GP di Silverstone.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan