Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Warga M'sia didakwa langgar peraturan COVID-19, jemput rakan ke rumah minum arak

Seorang lelaki didakwa pada Jumaat (15 Mei) kerana melanggar undang-undang COVID-19 dengan menjemput seorang rakan ke rumah untuk minum arak, sebelum menghantarnya pulang dalam keadaan mabuk.

Anggaran Waktu Membaca:
Warga M'sia didakwa langgar peraturan COVID-19, jemput rakan ke rumah minum arak

Sekitar kawasan Blok 325 Yishun Cental. (Gambar: Google Map)

Diterbitkan : 15 May 2020 02:19PM Dikemas Kini : 15 May 2020 02:26PM

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa pada Jumaat (15 Mei) kerana melanggar undang-undang COVID-19 dengan menjemput seorang rakan ke rumah untuk minum arak, sebelum menghantarnya pulang dalam keadaan mabuk.

Warga Malaysia, Arvinish N Ramakrishnan, 23 tahun, didakwa atas dua tuduhan di bawah peraturan COVID-19 dan satu kesalahan trafik kerana menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.

Menurut kertas pertuduhan, Arvinish melanggar peraturan 6 Peraturan 2020 COVID-19 (Langkah-langkah Sementara) (Perintah Kawalan) dengan meminum arak bersama seorang lelaki bernama Siddhartha Gauthma A/L Robat.

Mereka meminum arak di flat Arvinish yang terletak di Blok 325 Yishun Cental pada antara jam 12.00 tengah malam dengan 1.00 pagi 19 Apr.

Pada sekitar 3.00 pagi hari itu, mereka meninggalkan flat Arvinish. Tertuduh dipercayai menunggang motosikal untuk menghantar rakannya pulang ke rumah di Blok 288 Yishun Avenue 6.

Pada 3.10 pagi, Arvinish ditahan di Yishun Avenue 6. Dia didapati mempunyai 43 mikrogram arak dalam setiap 100ml nafas, melebihi had 35 mikrogram setiap 100ml.

Arvinish berniat untuk mengaku bersalah dan kembali ke mahkamah untuk melakukannya pada 27 Mei.

Jika sabit kesalahan bertemu individu tidak tinggal sebumbung atas tujuan sosial di bawah peraturan COVID-19, dia boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000, atau kedua-duanya sekali.

Hukuman sama dikenakan kerana meninggalkan rumah tanpa sebab munasabah dalam tempoh 'circuit breaker' ini.

Atas kesalahan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk pula, dia boleh dipenjara sehingga setahun, didenda antara S$2,000 dengan S$10,000 atau kedua-duanya sekali.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan