Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Warga emas ditembak mati polis serang pegawai kesihatan COVID-19 di Filipina

Seorang warga emas berusia 63 tahun ditembak mati polis di Filipina selepas mengugut pegawai kampung dan polis dengan sabit di pusat pemeriksaan COVID-19, menurut polis pada Sabtu (4 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Warga emas ditembak mati polis serang pegawai kesihatan COVID-19 di Filipina

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 05 Apr 2020 04:56PM Dikemas Kini : 05 Apr 2020 05:02PM

MANILA: Seorang warga emas berusia 63 tahun ditembak mati polis di Filipina selepas mengugut pegawai kampung dan polis dengan sabit di pusat pemeriksaan COVID-19, menurut polis pada Sabtu (4 Apr).

Lelaki itu dipercayai mabuk ketika beliau mengugut pegawai kampung dan polis yang mengendalikan pusat pemeriksaan itu di bandar Nasipit di bahagian selatan wilayah Agusan del Norte pada Khamis (2 Apr).

"Suspek diberi amaran oleh seorang pegawai kesihatan kerana tidak memakai pelitup," menurut laporan itu. "Namun suspek menjadi marah, menghamburkan kata-kata kesat dan kemudian menyerang kakitangan itu dengan menggunakan sabit."

Suspek ditembak mati oleh seorang pegawai polis yang cuba menenangkannya.

Insiden itu merupakan kes pertama yang dilaporkan di mana seorang pegawai polis menembak mati seorang penduduk kerana enggan mematuhi peraturan bagi membendung penularan COVID-19.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte memberi amaran pada Rabu bahawa beliau akan mengarah polis dan pegawai tentera untuk menembak sesiapa yang menimbulkan masalah.

Pulau utama Filipina Luzon diletakkan di bawah perintah berkurung selama sebulan sejak 16 Mac, melarang para penduduk dari keluar rumah masing-masing melainkan untuk membeli barangan dapur atau ke farmasi, atau jika mereka adalah pekerja barisan hadapan.

Banyak wilayah di luar Luzon juga telah menguatkuasakan sekatan masing-masing dalam usaha mencegah virus itu daripada merebak.

Jabatan Kesihatan melaporkan lagi 76 kes COVID-19 di Filipina, menaikkan jumlah kes terkumpul ke 3,094 di negara itu.

Lagi lapan kes kematian dilaporkan, menaikkan angka korban ke 144, sementara 57 pesakit telah pulih sepenuhnya.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan