Skip to main content

Iklan

Iklan

Wanita 72 tahun belum divaksin korban terkini COVID-19; 906 kes baru dilapor dalam negeri

Wanita berusia 72 tahun menjadi korban ke-59 jangkitan COVID-19 di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (16 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Wanita 72 tahun belum divaksin korban terkini COVID-19; 906 kes baru dilapor dalam negeri

Orang ramai di luar stesen MRT Paya Lebar. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 16 Sep 2021 11:58PM Dikemas Kini : 17 Sep 2021 12:00AM

SINGAPURA: Wanita berusia 72 tahun menjadi korban ke-59 jangkitan COVID-19 di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (16 Sep).

Wanita warga Singapura itu, yang meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan COVID-19 pada Khamis, mengalami simptom pada 4 September dan diuji positif koronavirus pada 6 September.

"Beliau belum divaksin terhadap COVID-19 dan ada sejarah sakit dada yang luar biasa, penyakit Graves, tekanan darah tinggi dan dislipidaemia," menurut MOH.

Singapura melaporkan 906 kes tempatan baru COVID-19 setakat 12.00 tengah hari Khamis merangkumi 803 kes dalam masyarakat dan 103 kes melibatkan penghuni dormitori.

Dalam kalangan kes tempatan baru itu, 244 adalah warga tua berusia atas 60 tahun, menurut MOH.

Setakat Khamis, Singapura melaporkan sejumlah 74,848 kes jangkitan COVID-19 dan 59 kematian akibat jangkitannya.

WARGA EMAS HARUS KURANGKAN INTERAKSI SOSIAL

Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) menyatakan warga tua berusia 60 tahun dan ke atas harus mengurangkan interaksi sosial sepanjang dua minggu akan datang di tengah-tengah lonjakan pada jumlah kes COVID-19 dalam masyarakat.

"Warga tua lebih berisiko tinggi mengalami komplikasi kesihatan yang serius jika mereka dijangkiti COVID-19," menurut agensi itu pada Rabu.

Warga emas sangat digalakkan supaya duduk di rumah seberapa boleh dan mengelakkan tempat yang sesak. Mereka yang perlu keluar rumah untuk urusan penting harus memakai pelitup pada setiap masa dan mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti kerap mencuci tangan, nasihat AIC.

Agensi itu juga menggesa warga emas yang belum divaksin supaya segera berbuat demikian kerana risiko sakit teruk disebabkan penyakit itu, jika belum divaksin, adalah "enam kali ganda lebih tinggi".  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan