Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

VivoCity, 313@somerset, Lucky Plaza dan 9 tempat lain dikunjungi kes COVID-19

Sebanyak 12 tempat, termasuk lapan pusat beli-belah, pada Khamis (25 Jun) ditambah ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh  mereka berjangkit. 

Anggaran Waktu Membaca:
VivoCity, 313@somerset, Lucky Plaza dan 9 tempat lain dikunjungi kes COVID-19

(Gambar-gambar: CapitaLand, Mapletree dan TODAY)

Diterbitkan : 26 Jun 2020 12:13AM Dikemas Kini : 26 Jun 2020 12:16AM

SINGAPURA: Sebanyak 12 tempat, termasuk lapan pusat beli-belah, pada Khamis (25 Jun) ditambah ke dalam senarai tempat awam yang dikunjungi kes COVID-19 semasa tempoh mereka berjangkit.

Tempat-tempat itu adalah: Pusat Riadah Kaki Bukit, sebuah pasar raya Sheng Siong di Geylang Road, sebuah kedai di Dunlop Street, Heartland Mall, pusat beli-belah Queensway, pusat makanan Seah Im, VivoCity, Lucky Plaza, 313@somerset,Pusat Beli Belah Peninsula, Kallang Wave Mall dan Bugis Junction.

Pasar raya Sheng Siong supermarket di Geylang dikunjungi oleh kes-kes berjangkit pada empat waktu berbeza.

Lapan daripada 12 tempat baru yang diumumkan pada Khamis dikunjungi oleh kes-kes COVID-19 semasa Fasa 2 pembukaan semula Singapura. Kedai-kedia runcit dibenar untuk menyambung semula perniagaan pada 19 Jun setelah ditutup selama lebih dua bulan ekoran penularan COVID-19.

Orang ramai yang berada di tempat-tempat baru diumumkan itu semasa tempoh waktu disebutkan harus memantau kesihatan mereka dengan rapi selama 14 hari mulai tarikh kunjungan mereka, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Berikut adalah senarai yang dikemas kini:

(Rajah: MOH)

(Rajah: MOH)

Tempat-tempat tersebut dikunjungi kes-kes COVID-19 untuk lebih 30 minit ketika mereka dalam keadaan berjangkit, menurut MOH, pada 26 Mei apabila ia pertama kali mengeluarkan senarai itu.

Ia tidak termasuk tempat tinggal, tempat kerja, kemudahan jagaan kesihatan yang dikunjungi serta tempat pengangkutan awam yang digunakan oleh kes-kes tersebut.

Senarai tersebut akan dikemas kini setiap 14 hari, iaitu meliputi satu tempoh inkubasi, dan sedang siasatan epidemiologi dijalankan.

Orang ramai yang berada di tempat-tempat berkenaan semasa waktu yang tertera harus segera berjumpa doktor jika mereka mengalami gejala jangkitan pernafasan akut (seperti batuk, sakit tekak dan hidung berair) serta demam dan kehilangan deria rasa atau bau dan memberitahu doktor mengenai sejarah bagaimana mereka terdedah.

"Tidak perlu untuk mengelakkan diri daripada tempat-tempat yang dikunjungi kes-kes disahkan positif COVID-19. Agensi Sekitaran Kebangsaan akan menghubungi pengurusan premis terjejas untuk menyediakan garis panduan berhubung kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman," menurut MOH.

Singapura melaporkan 113 kes baru COVID-19 pada Khamis (25 Jun) termasuk lima jangkitan dalam masyarakat.

Dalam kalangan kes baru dalam masyarakat, seorang daripadanya adalah rakyat Singapura dan empat yang lain merupakan pemegang pas kerja.

Warga Singapura itu adalah lelaki berusia 50 tahun yang diuji positif ketika beliau mendapatkan rawatan perubatan. Kesnya tidak menunjukkan sebarang kaitan denan kes sebelum ini dan siasatan epidemologi sedang dijalankan, menurut MOH.  



Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan