Skip to main content

Iklan

Iklan

Virus korona sudah ada di AS sebelum jadi pandemik di China: Kajian Amerika

Kes pertama COVID-19 yang disahkan di Amerika pula dilaporkan pada 19 Jan, menurut laporan CDC itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Virus korona sudah ada di AS sebelum jadi pandemik di China: Kajian Amerika

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 02 Dec 2020 05:08PM Dikemas Kini : 02 Dec 2020 05:09PM

HONG KONG: Saintis dari Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat pada Isnin (30 Nov) menyatakan hasil ujian contoh darah yang diambil di Amerika pada 13 Disember tahun lalu menunjukkan ada bukti antibodi terhadap virus COVID-19, dikenali sebagai Sars-Cov-2.

Contoh darah itu diambil lebih dua minggu sebelum 31 Dis, tarikh pengesahan rasmi penularan COVID-19 di bandar Wuhan, China.

Kes pertama COVID-19 yang disahkan di Amerika pula dilaporkan pada 19 Jan, menurut laporan CDC itu.

Hasil penelitian itu menguatkan kajian serupa di Itali dan Perancis yang menyatakan ada tanda-tanda virus korona sudah menular di sejumlah negara sebelum dikenal pasti di China dan kemudian menjadi pandemik.

Laporan CDC itu membayangkan bahawa virus korona boleh jadi sudah menjangkiti sejumlah orang di bahagian barat Amerika, lebih awal daripada yang diketahui sebelum ini.

Dari sampel darah itu, terdapat sekurang-kurangnya 106 antibodi untuk SARS-CoV-2, termasuk contoh darah yang diperoleh dari California, Oregon, dan Washington dari 13 Dis hingga 16 Dis 2019.

"Penularan SARS-CoV-2 kemungkinannya sudah terjadi di AS pada Disember 2019, lebih awal dari yang diduga sebelum ini," kata para saintis dalam kajian tersebut, seperti dipetik laman South China Morning Post, pada Selasa (1 Dis).

Menurut laporan CDC itu, para penyelidik menguji 7,389 sampel darah yang diperolehi antara 12 Dis 2019 hingga 17 Jan 2020 dari penduduk di sembilan wilayah di California, Connecticut, Iowa, Massachusetts, Michigan, Oregon, Rhode Island, Washington, dan Wisconsin.

Ia mendapati 106 memberi tindak balas kepada ujian bagi antibodi Sars-CoV-2.

39 daripadanya merupakan sampel yang diperolehi antara 13 Dis dengan 16 Dis manakala bakinya antara 20 Dis 2019 hingga 17 Jan 2020.

Dapatan itu membayangkan bahawa Sars-CoV-2 sudah ada di Amerika sebelum 19 Jan 2020.

Namun, para penyelidik tidak dapat menentukan sama ada jangkitan itu ada kaitan dengan mereka yang melakukan perjalanan atau merupakan penularan dalam masyarakat.

Hasil kajian tersebut diterbitkan dalam jurnal Penyakit Berjangkit Klinikal yang disemak rakan penyelidik.

Dua pasukan siasatan antarabangsa - satu yang dianjurkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan satu lagi oleh jurnal perubatan The Lancet cuba untuk menyelidik sumber asal penyakit tersebut.

Kajian itu termasuk mencari jenis haiwan yang mana virus itu mungkin bermula sebelum menjangkiti manusia, kata Dr Mike Ryan, ahli epidemiologi dan pengarah eksekutif program kecemasan kesihatan WHO.

Pasukan Lancet pula memberi tumpuan pada penularan awal Sars-CoV-2. 

Sumber : Reuters/SU/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan