Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Virus korona baru: Tiada rancangan batal latihan dalam kem SAF, kata Heng Chee How

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tidak mempunyai rancangan untuk membatalkan latihan dalam kem di tengah-tengah kebimbangan mengenai penularan virus korona baru, menurut Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How pada Selasa (11 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Virus korona baru: Tiada rancangan batal latihan dalam kem SAF, kata Heng Chee How

(Gambar: Try Sutrisno Foo)

Diterbitkan : 11 Feb 2020 07:51PM Dikemas Kini : 11 Feb 2020 08:01PM

SINGAPURA: Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) tidak mempunyai rancangan untuk membatalkan latihan dalam kem di tengah-tengah kebimbangan mengenai penularan virus korona baru, menurut Menteri Negara Kanan Pertahanan Heng Chee How pada Selasa (11 Feb).

"Kita harus kembali kepada misi SAF dan pertahanan negara ini. Kita harus melindungi negara ini sama ada atau tidak terdapat situasi virus," katanya.

"Dengan itu, kita harus faham bahawa apabila berlaku situasi sedemikian, kita perlu mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi kesihatan tentera kita.

"Ini yang sedang kami lakukan - untuk memastikan kedua-duanya adalah kepentingan utama kita."

Dalam pada itu ujian kecergasan jasmani (IPPT) juga tidak akan dibatalkan di peringkat unit.

"Sekiranya mereka sakit, mereka seharusnya memberitahu supaya kami boleh memaklumkan agar tidak ikut serta dalam IPPT, (atau) ia boleh dijadualkan semula sementara anda mendapatkan rawatan," tambah Encik Heng.

Encik Heng berkata demikian kepada para wartawan di Pusat Latihan Asas Tentera (BMTC) di Pulau Tekong selepas melihat beberapa langkah yang dipertingkatkan bagi mencegah penularan virus korona baru.

Pusat tersebut, yang kini mempunyai 5,000 rekrut, sudah memperkenalkan langkah-langkah seperti jarak sosial serta menambah kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan suhu badan.

Langkah itu diambil selepas beberapa orang awam menulis kepada pihak media, menggesa agar ICT digantung menyusuli penularan virus korona.

Meskipun Encik Heng menekankan bahawa BMTC tidak mempunyai kes positif virus korona, beliau berkata kes-kes jangkitan yang disyaki akan dihantar ke pusat perubatan di pulau itu, yang mempunyai piawaian serta prosedur yang "serupa" dengan yang dilaksanakan MOH di Singapura.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona 2019-nCoV:  https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan