Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Virus korona baru: S'pura, Hong Kong tarik diri dari Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s

Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s akan berlangsung seperti dijadual, bermula 28 Feb hingga 1 Mac ini walaupun pasukan dari Hong Kong dan Singapura menarik diri di saat akhir meyusuli penularan virus korona (2019-nCov). 

Anggaran Waktu Membaca:
Virus korona baru: S'pura, Hong Kong tarik diri dari Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s

Imej virus korona baru 2019 (Gambar wikipedia)

Diterbitkan : 11 Feb 2020 05:57PM Dikemas Kini : 11 Feb 2020 06:03PM

KUALA LUMPUR: Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7s akan berlangsung seperti dijadual, bermula 28 Feb hingga 1 Mac ini walaupun pasukan dari Hong Kong dan Singapura menarik diri di saat akhir meyusuli penularan virus korona (2019-nCov). 

Pengarah kejohanan berkenaan, Encik Amrul Hazarin Hamidon berkata hanya tiga pasukan Asia Tenggara iaitu dari Thailand, Brunei dan Indonesia akan menyertai kejohanan edisi ke-10 itu. 

"Pada kebiasaannya, setiap tahun kita akan jemput 10 pasukan luar negara untuk sertai kejohanan ini. Tahun ini pada awalnya, lima pasukan sudah sahkan penyertaan. 

"Namun, disebabkan virus korona, dua pasukan tarik diri. Bagaimanapun, ada positifnya juga kerana kita boleh beri peluang kepada pasukan tempatan untuk mengisi kekosongan itu," katanya di sidang media kejohanan itu di sini hari ini.

Beliau berkata pada penganjuran tahun lepas, hanya pasukan juara peringkat sekolah menengah di negeri-negeri dipilih menyertai kejohanan itu namun disebabkan ada pasukan luar negara menarik diri pada edisi kali ini, ia memberi peluang kepada pasukan naib juara untuk turut bersaing pada pertandingan tersebut.

Edisi kali ini menyaksikan 24 pasukan dari sekolah menengah tempatan dan luar negara berentap untuk merebut piala berprestij dikenali sebagai Trofi NJ Ryan. 

Kejohanan bakal diadakan di Kuala Kangsar, Perak itu kini cukup popular sebagai antara pertandingan ragbi 7s peringkat sekolah menengah berprestij di Malaysia, yang berjaya mencungkil bakat baharu sukan ragbi tempatan.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan