Skip to main content

Iklan

Iklan

Victoria, Tasmania capai sasaran vaksin 70% penduduk dewasa

Wilayah Victoria dan Tasmania di Australia sudah mencapai sasaran untuk memberikan vaksin sepenuhnya kepada 70 peratus penduduk dewasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Victoria, Tasmania capai sasaran vaksin 70% penduduk dewasa

Gambar: AP

Diterbitkan : 21 Oct 2021 05:29PM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 05:31PM

SYDNEY: Wilayah Victoria dan Tasmania di Australia sudah mencapai sasaran untuk memberikan vaksin sepenuhnya kepada 70 peratus penduduk dewasa.

Pencapaian itu berlaku menjelang apa yang disifatkan sebagai 'Hari Kebebasan' di Victoria esok (22 Okt), dengan berakhirnya tempoh sekatan pergerakan yang paling lama di dunia.

Mulai esok, para penduduk Melbourne yang lengkap divaksin tidak lagi perlu mempunyai sebab penting untuk meninggalkan rumah.

Perintah berkurung sebelah malam juga ditarik balik.

Perniagaan yang menyambut tetamu juga boleh dibuka semula namun kesemua kakitangannya mesti sudah divaksin sepenuhnya.

Hingga 10 tetamu dibenarkan di rumah dan hingga 15 orang boleh berkumpul di luar.

Sekolah-sekolah juga boleh mengadakan kelas secara bersemuka.

Namun pelitup mesti terus dipakai di tempat awam.

Sementara itu wilayah Victoria kekal mencatat angka kes yang tinggi, dengan pertambahan lebih 2,200 kes dan 12 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Sumber : Reuters/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan