Koronavirus

Images
  • australia covid (1)
    Gambar: REUTERS

Victoria gugurkan sekatan COVID-19 Jumaat depan

SYDNEY: Wilayah Victoria di Australia akan menarik balik sekatan-sekatan COVID-19 mulai Jumaat depan, apabila ia dijangka mencapai sasaran kadar vaksinasi sebanyak 70 peratus.

Pihak berkuasa berikrar untuk melonggarkan sekatan-sekatan meskipun jumlah harian kes COVID-19 terus meningkat.

Hari ini (17 Okt) sahaja, lebih 1,800 kes baru dicatatkan di Victoria.

Sehingga 10 tetamu akan dibenarkan di rumah.

Had perjalanan juga akan ditarik balik.

Tempat-tempat yang menyediakan khidmat layanan akan dibuka semula, namun kapasitinya akan dihadkan.

Sekatan-sekatan lain akan dilonggarkan apabila 80 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Victoria divaksin sepenuhnya.

Sementara itu, wilayah jirannya New South Wales pula telah mencatatkan lagi 300 kes COVID-19 hari ini.

Sungguhpun demikian, ia akan meneruskan rancangan untuk melonggarkan sekatan-sekatannya esok kerana sudahpun mencapai sasaran kadar vaksinasi 80 peratus.

- REUTERS/AI/sm

Top