Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Versi baru lagu 'Baby Shark' ajar kanak-kanak cuci tangan

Dalam satu versi baru lagu popular, kanak-kanak digalak untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Versi baru lagu 'Baby Shark' ajar kanak-kanak cuci tangan

(Gambar: Youtube)

Diterbitkan : 29 Mar 2020 12:35PM Dikemas Kini : 29 Mar 2020 12:40PM

CNA: Dalam satu versi baru lagu popular, kanak-kanak digalak untuk mengamalkan kebersihan diri yang baik.

Ikan yu tidak mempunyai tangan, tetapi keluarga 'Baby Shark' tidak menggunakan itu sebagai satu alasan.

Dalam satu lagu baru yang dikeluarkan oleh syarikat Pinkfong - syarikat pendidikan Korea Selatan yang menerbitkan lagu 'hit' 'Baby Shark', langkah mencuci tangan bagi mencegah jangkitan virus COVID-19 diajar secara terperinci menerusi lagu rancak itu.

Kanak-kanak digalakkan untuk mencuci tangan "Wash your hands doo doo doo doo doo”, gunakan sabun “Grab some soap doo doo doo doo doo,” gosok tangan “Rub your hands doo doo doo doo doo”, bilas tangan “Rinse your hands doo doo doo doo doo” dan keringkan tangan “Dry your hands doo doo doo doo doo.”

Sebagai bonus pula, mereka digalak untuk menutup mulut jika bersin dan batuk ke siku mereka.

Bagi membendung penularan COVID-19 Kementerian Kesihatan mengesyorkan sering mencuci tangan dengan sabun dan air, batuk ke siku dan bukan ke tangan, serta memakai pelitup jika anda tidak sihat.

Lagu Baby Shark terbitan Pinkfong pertama kali dikeluarkan pada tahun 2015 dan mula menjadi tular dua tahun kemudian, mencetuskan kegilaan tarian di online.

Sumber : CNA/HK/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan