Varian Omicron: Thailand larang kemasukan pelawat dari 8 negara Afrika
Thailand menyatakan pada Sabtu (27 Nov) ia akan melarang kemasukan penumpang dari lapan negara Afrika, yang ditetapkannya sebagai berisiko tinggi bagi varian baru COVID-19 Omicron, lapor Reuters.
BANGKOK: Thailand menyatakan pada Sabtu (27 Nov) ia akan melarang kemasukan penumpang dari lapan negara Afrika, yang ditetapkannya sebagai berisiko tinggi bagi varian baru COVID-19 Omicron, lapor Reuters.
Mulai Disember, penerbangan dari Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe akan dilarang, umum pegawai kanan kesihatan Opas Karnkawinpong dalam satu sidang media.
Thailand tidak akan membenarkan pelawat dari negara-negara tersebut untuk mendaftar bagi membuat perjalanan ke negara tersebut mulai Sabtu, kata beliau.
Pengumuman itu dibuat sedang negara-negara lain di Asia memperketatkan sempadan berhubung kebimbangan mengenai varian B 1.1.529, atau Omicron. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkannya sebagai "varian membimbangkan" dengan menyatakan ia mungkin merebak lebih pantas berbanding varian-varian lain.
"Kami sudah memaklumkan syarikat-syarikat penerbangan dan negara-negara ini," kata Encik Oppas. Beliau menambah pelawat dari negara-negara lain di Afrika tidak akan dibenarkan untuk menggunakan skim perjalanan bebas kuarantin Thailand bagi penumpang sudah divaksin.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.