Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Varian Delta: Risiko masuk hospital seganda lebih tinggi

Varian Delta COVID-19 meningkatkan risiko naik seganda bagi individu yang dijangkiti koronavirus untuk dimasukkan ke hospital, berbanding varian Alpha.

Anggaran Waktu Membaca:
Varian Delta: Risiko masuk hospital seganda lebih tinggi

Kakitangan perubatan merawat pesakit COVID-19 di dalam khemah di luar sebuah hospital di Bogor, Indonesia. (Gambar: AFP/Aditya Aji)

Diterbitkan : 29 Aug 2021 05:29PM Dikemas Kini : 29 Aug 2021 05:34PM

PARIS: Varian Delta COVID-19 meningkatkan risiko naik seganda bagi individu yang dijangkiti koronavirus untuk dimasukkan ke hospital, berbanding varian Alpha.

Demikian menurut satu kajian yang diterbitkan The Lancet pada Sabtu (28 Ogos), yang turut mendapati hanya 1.8 peratus daripada lebih 43,000 kes COVID-19 yang dinilai dalam kajian tersebut sudah selesai divaksin.

Sekitar tiga suku daripada kes yang dikaji tidak mendapatkan sebarang vaksin, manakala 24 hanya mendapatkan satu daripada dua dos vaksin.

Ia mendapati risiko kemasukan ke hospital adalah seganda lebih tinggi bagi individu yang dikesan positif dengan varian Delta berbanding Alpha.

Para pakar menjelaskan, vaksin dapat menurunkan risiko itu terutama selepas dos lengkap.

Analisis terbaru Khidmat Kesihatan Awam England (PHE) mendakwa, vaksin Pfizer-BioNTech adalah 96 peratus berkesan dan vaksin Oxford-AstraZeneca pula 92 peratus berkesan, menurut Astro Awani.

Beberapa penyelidikan menunjukkan, vaksinasi penuh dapat memberikan perlindungan daripada jangkitan bergejala dan terhadap kemasukan ke hospital akibat kedua-dua varian Alpha dan Delta.

Sumber : AFP/Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan