Skip to main content

Iklan

Iklan

Varian COVID-19 India dikesan di Vietnam

Vietnam mengesan empat kes COVID-19 yang dipercayai adalah jangkitan daripada varian baru virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Varian COVID-19 India dikesan di Vietnam

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 30 Apr 2021 02:00PM Dikemas Kini : 30 Apr 2021 02:04PM

HANOI: Vietnam mengesan empat kes COVID-19 yang dipercayai adalah jangkitan daripada varian baru virus tersebut.

Varian baru itu dipercayai menyebabkan lonjakan pada jumlah kes di India, menurut media tempatan pada Khamis (29 Apr).

Secara berasingan, Vietnam pada Khamis turut melaporkan penularan pertama dalam kalangan penduduknya sejak beberapa minggu yang lalu.

Sejauh ini, Vietnam berhasil mengekalkan kes jangkitan virus tersebut pada paras yang rendah, dengan 2,910 kes jangkitan dan 35 kematian sejauh ini. Pelaksanaan kuarantin yang lebih ketat dan pengesanan kontak yang lebih meluas berjaya membendung penularan lanjut di negara itu.

Kesemua empat kes yang dijangkiti varian B.1.617 yang dikesan di India, melakukan perjalanan dari negara Asia Selatan itu baru-baru ini sebelum dikuarantin sebaik tiba di Vietnam.

"Hasil penjujukan genetik bagi empat daripada lima pesakit COVID-19 yang tiba dari India menunjukkan bahawa mereka dijangkiti varian koronavirus dari negara itu," menurut akhbar Lao Dong semalam.

Hasil ujian ke atas individu kelima akan diketahui hari ini.

Varian itu dikesan apabila lebih 1,000 penduduk di sebuah kampung di wilayah Ha Nam, Hanoi, dikuarantin pada Khamis.

Seorang lelaki yang pulang dari Jepun diuji positif COVID-19 minggu ini selepas 14 hari dikuarantin dan dia menjangkiti keluarganya, menurut kementerian kesihatan negara itu.

Seramai enam orang di kawasan itu, termasuk lelaki yang kembali dari Jepun diuji positif, menurut kementerian itu.

Laporan media menyatakan jangkitan varian itu juga sudah dikesan di Hanoi, Ho Chi Minh dan wilayah Hung Yen di bahagian utara Vietnam.

Vietnam kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga tahap tinggi selepas negara-negara di Asia Tenggara melaporkan penularan varian baru itu termasuk Kemboja dan Laos, yang turut berkongsi sempadan dengan Vietnam.

Vietnam hari ini memulakan cuti umum selama empat hari dengan kawasan-kawasan yang menjadi daya tarikan dijangka penuh sesak.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan