Varian baru COVID-19 mungkin lebih berbahaya: PM Britain
Bukti awal menunjukkan varian baru COVID-19 yang mula dikesan di Britain dan kini menjadi jenis virus yang paling menular di negara itu, mungkin lebih berbahaya lagi.
BRITAIN: Bukti awal menunjukkan varian baru COVID-19 yang mula dikesan di Britain dan kini menjadi jenis virus yang paling menular di negara itu, mungkin lebih berbahaya lagi.
Namun, Perdana Menteri Britain memberi jaminan vaksin COVID-19 sekarang masih lagi berkesan.
Antara 1,000 lelaki 60 tahun ke atas di England yang diuji positif COVID-19, varian asal virus itu boleh membunuh 10 pesakitnya.
"Saya ingin menekankan bahawa terdapat banyak ketidaktentuan berhubung perangkaan ini dan lebih banyak kajian perlu dilaksanakan bagi memahaminya.
"Bagaimanapun ia sudah tentunya membimbangkan kerana ia risiko kematian dan jangkitan lebih tinggi," kata Perdana Menteri Boris Johnson.
Manakala varian baru pula boleh membunuh 13 atau 14 orang.
Ini bermakna kadar kematian naik 30 peratus.
Namun, risiko kematian kekal rendah.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagaimanapun kurang pasti terhadap kesimpulan yang dibuat itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.