Skip to main content

Iklan

Iklan

Vaksin Moderna dakwa 94.5% berkesan cegah jangkitan COVID-19

Sebelum ini, syarikat Pfizer mengumumkan hal serupa bagi vaksin keluarannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin Moderna dakwa 94.5% berkesan cegah jangkitan COVID-19

(Gambar: Dado Ruvic/REUTERS)

Diterbitkan : 17 Nov 2020 06:21PM Dikemas Kini : 17 Nov 2020 06:23PM

AMERIKA: Satu lagi vaksin bagi COVID-19 dengan keberkesanan lebih 90 peratus didedahkan sekaligus meningkatkan harapan ada vaksin yang mampu melawan penyakit itu.

Kumpulan syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat, Moderna mengatakan hasil ujian awal menunjukkan vaksin yang dihasilkannya, 94.5 peratus terbukti berkesan.

Hasil ujian awal terhadap 30,000 orang menunjukkan vaksin tersebut berkesan mencegah jangkitan COVID-19 yang menunjukkan gejalanya terutama sekali dalam kes-kes yang teruk.

Jika pihak berkuasa memberi lampu hijau, vaksin tersebut mungkin boleh mula diedarkan bulan depan.

Syarikat Moderna sudah pun mula menghasilkan vaksin tersebut dalam jumlah yang banyak, sementara menunggu kelulusan dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika..

Vaksin yang dihasilkan Moderna merupakan calon vaksin kedua dari sebuah syarikat Amerika yang mempunyai tahap kemujaraban lebih 90 peratus.

Sebelum ini, syarikat Pfizer mengumumkan hal serupa bagi vaksin keluarannya.

Ia telah melancarkan satu program perintis untuk mengedarkan vaksin tersebut ke empat wilayah Amerika Syarikat.

Kedua-dua vaksin tersebut menggunakan teknologi RNA yang mengaktifkan sistem imunisasi tubuh untuk melawan virus COVID-19.   

Sumber : Agensi berita/NF/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan