Skip to main content

Iklan

Iklan

Vaksin COVID-19 dijangka siap 4 minggu lagi, dedah Presiden Trump

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata vaksin COVID-19 akan siap dihasilkan dalam tempoh empat minggu lagi.

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin COVID-19 dijangka siap 4 minggu lagi, dedah Presiden Trump

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 16 Sep 2020 07:42PM Dikemas Kini : 16 Sep 2020 07:44PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata vaksin COVID-19 akan siap dihasilkan dalam tempoh empat minggu lagi.

Beliau berkata vaksin itu boleh diagihkan sebelum pilihan raya Presiden pada 3 November nanti.

Ini walaupun beberapa pegawai kesihatan prihatin dengan tempoh yang dipercepatkan itu.

Di sebuah acara hari ini (16 Sep), Encik Trump juga mempertahankan respons kepada pandemik itu.

Beliau membidas dakwaan bahawa beliau tidak melihat virus COVID-19 itu sebagai sesuatu yang serius meskipun ada rakaman beliau berkata demikian.

Pada masa itu, Encik Trump menekankan bahawa virus itu akan hilang tanpa vaksin dan berkata negara itu akan mewujudkan imuniti secara beramai-ramai.

Amerika kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan lebih 6.6 juta kes COVID-19.

Sumber : Agensi berita/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan