Skip to main content

Iklan

Iklan

Vaksin COVID-19 dari China diluluskan untuk penggunaan tentera

 Tentera China meluluskan vaksin COVID-19 untuk penggunaan pasukannya. Ia dihasilkan oleh unit penyelidikannya dan sebuah firma bioteknologi, menurut syarikat itu pada Isnin (29 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin COVID-19 dari China diluluskan untuk penggunaan tentera

Gambar hiasan botol dengan label vaksin virus korona COVID-19 (Gambar fail: Reuters/Dado Ruvic)

Diterbitkan : 30 Jun 2020 08:50AM Dikemas Kini : 30 Jun 2020 08:53AM

BEIJING: Tentera China meluluskan vaksin COVID-19 untuk penggunaan pasukannya. Ia dihasilkan oleh unit penyelidikannya dan sebuah firma bioteknologi, menurut syarikat itu pada Isnin (29 Jun).

Pertubuhan-pertubuhan di seluruh dunia kini berlumba-lumba mencari cara untuk merawat dan mencegah virus yang membawa maut itu yang pertama kali muncul di bandar Wuhan, China dan telah membunuh lebih setengah juta orang di seluruh dunia.

Lebih separuh daripada 17 vaksin berpotensi yang dikenal pasti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kini dalam peringkat penilaian klinikal, melibatkan syarikat atau institut dari China.

Syarikat tersenarai Hong Kong, CanSino Biologics dalam laporannya kepada bursa saham, menyatakan data dari ujian klinikal menunjukkan vaksin tentera China itu mempunyai "profil keselamatan yang baik" dan berpotensi mencegah penyakit disebabkan COVID-19.

CanSino menyatakan, Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China meluluskan penggunaan vaksin pada 25 Jun, untuk setahun.

Vaksin itu dihasilkan bersama oleh CanSino dan Institut Bioteknologi Beijing, iaitu sebahagian daripada Akademi Sains Perubatan Tentera.

Penggunaannya tidak boleh diperluaskan tanpa kebenaran lanjut, jelas syarikat itu.

Tidak jelas seluas mana penggunaannya dalam pasukan tentera China yang amat besar, dan kementerian pertahanan tidak menjawab pertanyaan AFP untuk maklumat lanjut.

CanSino menambah pihaknya tidak dapat memberi jaminan sama ada vaksin itu yang sudah menjalani ujian klinikal fasa satu dan dua di China akan dijual di pasaran.

Sebanyak 131 lagi vaksin berpotensi yang disenaraikan WHO masih berada dalam fasa pra-klinikal.

Belum ada vaksin yang diluluskan bagi penggunaan komersil untuk merawat virus korona.

Menurut jurnal perubatan, The Lancet, terdapat lebih dari 1,000 ujian klinikal terhadap puluhan rawatan farmaseutikal bagi virus berkenaan, namun rawatan perubatan yang benar-benar berkesan belum ditemui.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan