Virus Korona

Images
  • vaksin
    (Gambar: Reuters/Karoly Arvai)

Vaksin COVID-19 buatan China mungkin siap bagi kegunaan awam seawal Nov atau Dis

BEIJING: Vaksin virus korona yang dihasilkan China mungkin akan siap bagi kegunaan awam seawal bulan November atau Disember.

Ketua pakar keselamatan bio bagi Pusat Kawalan Penyakit China melaporkan kemajuan dalam penghasilan vaksin tersebut sebagai berjalan lancar berdasarkan hasil ujian klinikal fasa ketiga.

Para pengilang China berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin.

Syarikat-syarikat seperti Sinovac Biotech dan Sinopharm malah sudah mempamerkan kemajuan mereka dalam menghasilkan vaksin tersebut di sebuah pameran dagangan di Beijing.

Mereka berharap vaksin yang dihasilkan akan mendapat kelulusan sebelum akhir tahun ini.

China mempunyai empat vaksin COVID-19 dalam fasa terakhir ujian klinikal.

Sekurang-kurangnya tiga sudah ditawarkan kepada kakitangan barisan hadapan.

Saingan global untuk lulus ujian terakhir ke atas manusia semakin sengit.

Sehingga kini, terdapat sembilan vaksin dalam ujian lanjut ke atas manusia,
walaupun masih ada rintangan dalam menghasilkan vaksin yang berkesan.  

- Agensi berita/NF/na

Top