Koronavirus

Images
  • indonesia vaccine
    Petugas kesihatan Indonesia menyediakan 1 dos vaksin COVID-19 AstraZeneca. (Gambar: REUTERS/Nyimas Laula)

Vaksin COVID-19 AstraZeneca berdepan pelbagai halangan di Asia

SINGAPURA: Vaksin AstraZeneca berdepan dengan pelbagai halangan di Asia ekoran penggantungan dan kiriman yang tertunda.

Filipina sudahpun menghentikan penggunaan vaksin tersebut terhadap mereka yang berusia 60 tahun dan ke bawah, walaupun sejauh ini tiada laporan mengenai kes darah beku dalam kalangan mereka yang sudah menerima suntikan vaksin tersebut di negara itu.

Lebih banyak penggantungan sementara vaksin AstraZeneca pula dilakukan di Korea Selatan dengan sekurang-kurangnya tiga kes darah beku dilaporkan.

Di Malaysia, pihak berkuasanya sedang mempertimbangkan sama ada untuk meneruskan penggunaan vaksin AstraZeneca.

Kerajaan Malaysia menyatakan jawatankuasa vaksinasinya akan menilai dapatan terkini Eropah tentang vaksin itu sebelum membuat keputusannya.

Sementara itu Indonesia melaporkan isu berkenaan kiriman dan keselamatan vaksin AstraZeneca.

Indonesia menyatakan ia akan hanya menerima 20 juta dos vaksin tersebut tahun ini dan bukan 50 juta dos seperti yang dijanjikan, berikutan sekatan eksport di India yang turut mengeluarkan vaksin tersebut. 

- Agensi berita/NT/nk

Top