Skip to main content

Iklan

Iklan

Vaksin Coronavac keluaran China 80% berkesan elak kematian akibat jangkitan COVID-19

Vaksin Coronavac yang dihasilkan oleh China didapati berkesan sehingga 67 peratus untuk mencegah kes-kes bergejala COVID-19 dan 80 peratus berkesan bagi mencegah kematian yang disebabkan oleh jangkitan virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin Coronavac keluaran China 80% berkesan elak kematian akibat jangkitan COVID-19

(Gambar Fail: Reuters/Akhtar Soomro)

Diterbitkan : 17 Apr 2021 01:21PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 01:25PM

SANTIAGO: Vaksin Coronavac yang dihasilkan oleh China didapati berkesan sehingga 67 peratus untuk mencegah kes-kes bergejala COVID-19 dan 80 peratus berkesan bagi mencegah kematian yang disebabkan oleh jangkitan virus tersebut.

Demikian menurut hasil kehidupan sebenar berdasarkan data kempen vaksinasi di Chile, pada Jumaat (16 Apr).

Menteri Kesihatan Enrique Paris berkata data sepanjang Februari dan Mac lalu ketika Chile melaksanakan program vaksinasinya seharusnya menenangkan seluruh negara.

Hasilnya diperoleh berdasarkan perbandingan antara mereka yang sudah divaksin sepenuhnya, divaksin dengan hanya satu dos dan tidak divaksin sama sekali, melibatkan saiz sampel sebanyak 10.5 juta secara keseluruhannya.

Malah, kajian itu juga menunjukkan bahawa pemvaksinan adalah 85 peratus berkesan dalam mencegah rawatan di hospital akibat simptom-simptom jangkitan yang serius dan 89 peratus berkesan dalam mencegah rawatan di unit rawatan rapi.

Pemerintah Chile ketika ini mahu memvaksin sekitar 80 peratus atau 15.2 juta penduduknya dan ia dilihat mempunyai salah satu kempen vaksinasi paling berdaya maju di dunia.

Setakat sehingga Jumaat lalu, Chile berjaya memberikan sekurang-kurang satu dos vaksin kepada 7.6 juta rakyatnya dan kedua-dua dos kepada lebih lima juta penduduk iaitu sekitar sepertiga penduduk yang disasarkannya.

Kempen vaksinasi Chile dilancarkan sehari sebelum Krismas pada tahun lalu, dengan kakitangan perubatan diberikan keutamaan dan kemudian diikuti oleh penduduk yang lebih luas dari bulan Februari, bermula dengan penduduk warga tua.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan