Skip to main content

Iklan

Iklan

Vaksin ciptaan Thailand bakal diuji ke atas manusia

Vaksin COVID-19 yang dibangunkan secara tempatan di Thailand bakal diuji ke atas manusia pada akhir bulan April atau awal Mei selepas terbukti berjaya dalam percubaan ujian yang dilakukan terhadap tikus dan monyet pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Vaksin ciptaan Thailand bakal diuji ke atas manusia

Satu dos vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech disediakan di Balai Rakyat Tanjong Pagar pada 27 Jan 2021. (Gambar: Jeremy Long)

Diterbitkan : 19 Feb 2021 09:01AM Dikemas Kini : 19 Feb 2021 09:11AM

BANGKOK: Vaksin COVID-19 yang dibangunkan secara tempatan di Thailand bakal diuji ke atas manusia pada akhir bulan April atau awal Mei selepas terbukti berjaya dalam percubaan ujian yang dilakukan terhadap tikus dan monyet pada tahun lalu.

Pengarah Hospital Chulalongkorn Profesor Dr Suttipong Wacharasindhu berkata vaksin RNA messenger (mRNA) itu, yang dibangunkan Universiti Chulalongkorn, terbukti mampu membina keimunan terhadap virus yang menyebabkan COVID-19.

“Fasa pertama ujian ke atas manusia akan merangkumi 72 sukarelawan di Hospital Chulalongkorn, manakala fasa kedua membabitkan 300 hingga 600 sukarelawan di Hospital Chulalongkorn dan Universiti Mahidol,” katanya pada sidang akhbar pada Khamis (18 Feb).

Ketua Penyelidik Pusat Kecemerlangan dalam Penyelidikan dan Pembangunan Vaksin di Universiti Chulalongkorn Kiat Ruxrungtham berkata ‘ChulaCov19’ akan dihasilkan di California dengan kapasiti pengeluaran sehingga lima juta dos menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata vaksin itu akan dihasilkan secara tempatan selepas itu oleh syarikat Thailand, Bionet Asia Co.

Thailand merancang untuk memberikan vaksin kepada 50 peratus penduduknya menjelang akhir tahun ini. Kumpulan pertama 200,000 dos vaksin COVID-19 dari China dijadualkan tiba pada 24 Feb.

Setakat ini, Thailand dilaporkan sudah memesan sejumlah 61 juta dos vaksin COVID-19 keluaran Oxford-AstraZeneca dan lagi dua juta dos keluaran Sinovac Biotech dari China.

Sementara itu, Thailand merekodkan kematian pertama membabitkan seorang doktor yang mendapat jangkitan COVID-19 daripada pesakit.

Dr Panya Hanphanitphan, 66, seorang doktor di wilayah Maha Sarakham, meninggal dunia di Hospital Srinagrind di Khon Kaen pada 1.19 pagi (waktu tempatan) tadi.

Kematian beliau akan dimasukkan dalam jumlah kes COVID-19 pada Jumaat.

Sehingga kini, Thailand mencatatkan sejumlah 25,111 kes dengan 82 kematian.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan