Skip to main content

Iklan

Iklan

Ujian saringan COVID-19 dilaksanakan di kawasan kejiranan Hong Kong

Seorang pegawai kanan Hong Kong melahirkan keyakinan perintah berkurung yang dikuatkuasakan ke atas sebuah kawasan kejiranan yang paling padat dengan penduduk di daerah Jordan akan dapat ditarik balik menjelang pukul 6.00 pagi esok (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Ujian saringan COVID-19 dilaksanakan di kawasan kejiranan Hong Kong

(Gambar: Reuters/Tyrone Siu)

Diterbitkan : 24 Jan 2021 04:42PM Dikemas Kini : 24 Jan 2021 04:44PM

HONG KONG: Seorang pegawai kanan Hong Kong melahirkan keyakinan perintah berkurung yang dikuatkuasakan ke atas sebuah kawasan kejiranan yang paling padat dengan penduduk di daerah Jordan akan dapat ditarik balik menjelang pukul 6.00 pagi esok (24 Jan).

Ketua Setiausaha Pentadbiran Zhang Jianzong bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pemerintah akan melaksanakan langkah serupa di daerah-daerah lain di wilayah khas China itu, sekiranya perlu.

Sejak awal pagi Sabtu (23 Jan), sekitar 10,000 penduduk di zon berkenaan sudah diarah supaya jangan meninggalkan rumah mereka sehingga mereka menerima hasil ujian COVID-19 masing-masing.

Menurut para pegawai, hampir 7,000 penduduk sudahpun menjalani ujian COVID-19 setakat ini.

Para pegawai sedang berkunjung dari rumah ke rumah untuk menghubungi lebih 3,000 keluarga dan mendapatkan maklumat daripada lebih 6,000 penduduk.

Perintah berkurung itu merupakan sekatan paling ketat yang pernah dilaksanakan oleh Hong Kong dalam usahanya untuk membendung penularan koronavirus itu.

Sumber : Agensi berita/AI/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan