Skip to main content

Iklan

Iklan

Ujian COVID-19 diperluas bagi kakitangan sektor jagaan warga tua

 Lebih ramai kakitangan dalam sektor jagaan warga tua akan diuji bagi jangkitan COVID-19 setelah tempoh "pemutus jangkitan" berakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
Ujian COVID-19 diperluas bagi kakitangan sektor jagaan warga tua

(Gambar: NTUC Health)

Diterbitkan : 22 May 2020 11:34PM Dikemas Kini : 22 May 2020 11:37PM

SINGAPURA: Lebih ramai kakitangan dalam sektor jagaan warga tua akan diuji bagi jangkitan COVID-19 setelah tempoh "pemutus jangkitan" berakhir.

Ini akan merangkumi mereka yang bertugas dalam khidmat jagaan bukan kediaman seperti pusat jagaan warga tua dan pusat dialisis.

Dalam kenyataan medianya pada Jumaat (22 Mei), Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa ia adalah sebahagian daripada fasa pertama pasca langkah pemutus jangkitan yang akan dilonggarkan pada 1 Jun.

"Kami akan terus menyokong langkah-langkah pencegahan kami dengan ujian pemantauan ini. Ia akan membolehkan kami untuk mengesan kes lebih awal dan menghadkan jangkitan lanjut," menurut MOH.

"Kami menjalankan ujian untuk semua kakitangan di rumah jagaan dan terhadap para penghuni sedang dijalankan. Ujian awal ini akan memberi panduan kepada pendekatan seterusnya bagi rumah-rumah jagaan.

"Kami juga akan menjalankan ujian bagi kakitangan yang tidak terlibat dalam khidmat jagaan bukan kediaman, khususnya pusat jagaan warga tua dan hospis siang hari, pusat dialisis ginjal dan penyedia jagaan di rumah.

Bersama dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), MOH menyatakan pihaknya akan terus memastikan penyelarasan yang ketat dalam kalangan rakan masyarakat seperti badan-badan kebajikan, agensi khidmat sosial dan kumpulan akar umbi supaya bantuan dapat dihulurkan kepada mereka yang memerlukan, sambil memastikan semua dalam keadaan selamat.

Pada Selasa, Singapura mengumumkan bahawa ia akan secara bertahap-tahap melonggarkan sekatan pada langkah pemutus rantaian jangkitan COVID-19 melalui tiga fasa.

Dalam kenyataan medianya, MOH menambah bahawa lebih banyak aktiviti untuk warga tua akan disambung semula jika jumlah jangkitan dalam masyarakat kekal rendah dan stabil sepanjang beberapa minggu akan datang.

Bergantung kepada keadaan semasa COVID-19 dan penilaian risiko, MOH mungkin akan terus melonggarkan langkah sekatan sehingga "akhirnya mencapai normal baru dalam Fasa 3."

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan