Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

TV China namakan Fauci, Hisham, antara doktor terbaik dunia tangani COVID-19

Rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, sebagai antara tiga doktor terbaik dunia yang bermula sebagai pegawai kesihatan awam dalam mengendalikan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
TV China namakan Fauci, Hisham, antara doktor terbaik dunia tangani COVID-19

Dr Noor Hisham Abdullah. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 16 Apr 2020 07:38AM Dikemas Kini : 16 Apr 2020 07:40AM

KUALA LUMPUR: Rangkaian televisyen China Global TV Network (CGTN) menyenaraikan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah, sebagai antara tiga doktor terbaik dunia yang bermula sebagai pegawai kesihatan awam dalam mengendalikan pandemik COVID-19, bersama Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat (AS) dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand.

Dalam laman webnya pada Selasa (14 Apr), CGTN menyatakan ia “menobatkan” Dr Noor Hisham sebagai antara doktor terbaik di dunia berikutan pendekatannya yang berterus terang dan tenang dalam mengendalikan COVID-19 di Malaysia.

Menurut CGTN, beberapa bulan lalu, tidak ramai yang mengenali Dr Noor HIsham, 56 tahun, dan dua lagi tokoh berkenaan. Namun kini, mereka menjadi sumber maklumat dan fakta yang paling "dipercayai" bagi pandemik itu di negara mereka.

“Setiap kali saya melihat Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, saya merasa yakin. Beliau menjadi tempat bergantung bagi ramai rakyat Malaysia," menurut CGTN yang memetik wartawan portal tempatan sebagai berkata demikian, sambil menambah bahawa Dr Noor Hisham juga "mempunyai wajah yang dipercayai".

Menurut CGTN, Dr Fauci, 79 tahun, merupakan Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit AS (NIAD) manakala Dr Bloomfield, 54 tahun, adalah Ketua Pengarah Kesihatan di New Zealand.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Adham Baba, turut mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham atas penghormatan yang diberikan tersebut.

Dr Adham, dalam catatan yang dimuatnaikkan ke Facebooknya, berkata: “Satu penghargaan dan penghormatan yang tinggi kepada bidang perubatan negara apabila Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan diiktiraf oleh China Global Television Network sebagai antara tiga doktor terbaik dunia menangani situasi COVID-19.”

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan