Skip to main content

Iklan

Iklan

Trump dikritik kerana main golf sedang AS bergelut dengan pandemik COVID-19

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump naik berang terhadap liputan negatif pihak media berhubung tindakannya bermain golf sempena cuti Hari Peringatan pada hujung minggu lalu, sedang angka korban akibat jangkitan COVID-19 di negara itu hampir mencecah 100,000 kes.

Anggaran Waktu Membaca:
Trump dikritik kerana main golf sedang AS bergelut dengan pandemik COVID-19

Presiden Trump. (Gambar: Alex Brandon/AP Photo)

Diterbitkan : 26 May 2020 02:57PM Dikemas Kini : 26 May 2020 02:59PM

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump naik berang terhadap liputan negatif pihak media berhubung tindakannya bermain golf sempena cuti Hari Peringatan pada hujung minggu lalu, sedang angka korban akibat jangkitan COVID-19 di negara itu hampir mencecah 100,000 kes.

Encik Trump menerusi ciapan di laman Twitternya berkata, "berita palsu dan liputan berat sebelah ini membuatkan saya (bermain golf) seolah-olah satu dosa yang besar!"

Beliau turut menegaskan bahawa permainan golf di padang golf miliknya sendiri di Virginia itu adalah kali pertama beliau dapat bermain golf sejak awal Mac lalu.

Bagaimanapun, tindakannya itu mengundang kritikan hebat daripada pihak media dengan angka korban akibat jangkitan COVID-19 terus meningkat.

Sebelum ini, Encik Trump pernah mengkritik mantan Presiden Barack Obama yang bermain golf pada 2014 ketika virus Ebola menular.

"Ada masa untuk bermain dan ada masa untuk elakkan diri daripada bermain golf. Ini akan memberikan isyarat yang salah," kata Encik Trump ketika itu.

"Sebagai seorang presiden, anda sepatutnya berhenti bermain golf selama beberapa tahun dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada tugas anda," katanya pada 2014.

Trump membidas kritikan yang diterimanya itu dengan mengatakan bahawa "media penuh dengan kebencian dan ketidakjujuran".

"Saya tahu ini akan berlaku! Namun apa yang tidak disampaikan adalah ini adalah permainan pertama saya selepas hampir tiga bulan dan sekiranya saya menunggu tiga tahun, mereka tetap akan membuat liputan yang negatif," katanya lagi.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan