Skip to main content

Iklan

Iklan

Trend jangkitan COVID-19 catat kemerosotan di Victoria

Wilayah Victoria, yang menjadi tapak penularan COVID-19 di Australia, melaporkan 10 jangkitan baru sepanjang 24 jam lalu, sekali gus menghentikan gelombang kedua pandemik itu yang baru bulan lalu menjangkiti lebih 700 orang setiap hari. 

Anggaran Waktu Membaca:
Trend jangkitan COVID-19 catat kemerosotan di Victoria

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 29 Sep 2020 12:16PM Dikemas Kini : 29 Sep 2020 12:18PM

SYDNEY: Wilayah Victoria, yang menjadi tapak penularan COVID-19 di Australia, melaporkan 10 jangkitan baru sepanjang 24 jam lalu, sekali gus menghentikan gelombang kedua pandemik itu yang baru bulan lalu menjangkiti lebih 700 orang setiap hari.

Wilayah di Australia dengan jumlah penduduk kedua tertinggi di negara itu menanggung padah yang berat untuk mengawal penularan virus tersebut, termasuk meletakkan hampir lima juta penduduk di ibu kota Melbourne di bawah perintah berkurung yang sangat ketat sejak awal Ogos.

Victoria, yang membentuk sejumlah besar daripada 27,000 jangkitan COVID-19 dan 882 kematian akibat jangkitannya di negara itu, pada Ahad menarik balik beberapa sekatan termasuk perintah berkurung pada sebelah malam.

Penanda utama, iaitu jumlah purata sepanjang tempoh 14 hari, jatuh ke paras 18.2, lebih pantas daripada jangkaan kerajaan negeri, kata para pegawai.

Sementara itu, wilayah Australia Barat melaporkan lapan kes baru COVID-19 menyusuli penularan kecil di sebuah kapal kargo yang tiba dari Filipina awal bulan ini.

Wilayah itu mencatatkan sifar atau hanya satu angka kes jangkitan COVID-19 setiap hari sebelum Ahad lalu di mana ia melaporkan jangkitan dalam kalangan pekerja di kapal pengangkut pukal yang berlabuh di hab eksport bijih besi Pelabuhan Hedland.

Wilayah Australia dengan paling ramai penduduk, New South Wales, pula melaporkan dua jangkitan COVID-19 pada Selasa. Kedua-dua kes melibatkan pelawat yang pulang ke negara itu dan mereka sudahpun dikuarantin di hotel. Wilayah itu tidak melaporkan sebarang kes tempatan dalam masa empat hari, menurut para pegawai. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan