Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Tiada lagi perintah kuarantin bagi kontak rapat kes COVID-19

Protokol-protokol yang disemak semula itu berkuat kuasa pada Isnin (11 Okt) dan "menandakan peralihan kepada usaha menekankan tanggungjawab dan pengurusan diri sendiri".

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada lagi perintah kuarantin bagi kontak rapat kes COVID-19

Orang ramai di pusat ujian pantas lakukan ujian ART COVID-19 sambil diawasi. (Gambar: Reuters/Edgar Su)

Diterbitkan : 09 Oct 2021 03:38PM Dikemas Kini : 09 Oct 2021 03:40PM

SINGAPURA: Kontak rapat kes-kes COVID-19 tidak akan lagi menerima Perintah Kuarantin (QO) dan mereka yang menjalani ujian bagi virus itu boleh mengikuti tiga langkah, di bawah protokol kesihatan dipermudah yang diumumkan Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (9 Okt).

Protokol-protokol yang disemak semula itu berkuat kuasa pada Isnin (11 Okt) dan "menandakan peralihan kepada usaha menekankan tanggungjawab dan pengurusan diri sendiri", menurut MOH.

Protokol-protokol bagi mereka yang tidak sihat dan diuji positif COVID-19 juga akan diubah - mereka akan didiagnos menggunakan ujian pantas antigen (ART) dan bukan ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) seperti sekarang. Mereka juga akan dibenarkan keluar daripada pengasingan bergantung kepada tempoh mereka sudah diasingkan berbanding keputusan negatif ujian.

Mereka yang sihat namun diuji positif juga tidak perlu menjalani ujian PCR dan hanya perlu mengasingkan diri selagi ujian mereka positif menjangkaui 72 jam.

Perubahan-perubahan itu dibuat sedang pihak berkuasa "membetulkan semula" langkah-langkah sedia ada dengan "usaha bersungguh-sungguh" untuk mempermudahkan peraturan-peraturan yang sudah ditetapkan sepanjang lebih 20 bulan lalu, menurut MOH.

Ia adalah "peraturan-peraturan yang dipermudahkan dengan ketara" berbanding apa yang sedia ada, tambah MOH.

KONTAK RAPAT PESAKIT COVID-19

Kontak-kontak rapat pesakit COVID-19 akan diberikan amaran risiko kesihatan (HRW), dalam usaha untuk beralih daripada "perintah kuarantin berpanjangan", menurut MOH. Mereka bagaimanapun perlu melakukan ujian ART pada hari pertama dan memuat naik keputusannya ke sebuah portal, menurut MOH.

Pada hari-hari berikutnya, jika mereka ingin keluar, mereka mesti melakukan ujian ART dan mendapat keputusan negatif pada hari yang sama. Mereka tidak perlu melakukan ujian menjangkaui hari ketujuh.

Selepas tujuh hari, mereka sudah melepasi tempoh yang menjadi keprihatinan, iaitu tempoh yang mana seseorang boleh dijangkiti akibat terdedah kepada virus itu, menurut MOH.

"Sebelum ini, kami membezakan kontak-kontak kes COVID-19 berdasarkan pelbagai peringkat risiko dan menetapkan beberapa langkah," menurut MOH, sambil menambah langkah-langkah itu termasuk perintah kuarantin, kewaspadaan risiko kesihatan (HRA) dan amaran risiko kesihatan (HRW).

"Kini akan ada satu pendekatan, satu amaran risiko kesihatan yang sah selama tujuh hari daripada tarikh ia dikeluarkan, yang berdasarkan ujian kendiri ART."

Mereka yang menerima amaran risiko kesihatan boleh mendapatkan kit ujian ART daripada mesin-mesin layan diri, yang jumlahnya sudah bertambah seganda dari 100 ke 200, menurut MOH.

Setiap penerima amaran risiko kesihatan akan diberikan enam kit ujian. Sebanyak 7.5 juta kita sudah diperuntukkan bagi tujuan tersebut.

JIKA ANDA POSITIF COVID & BERGEJALA

Mereka yang tidak sihat digalakkan berjumpa doktor, yang menilai keadaan.

Jika doktor menilai terdapat kemungkinan mereka dijangkiti COVID-19, individu itu akan diuji, menurut MOH.

Kebanyakan orang hanya akan menjalani ujian ART tanpa memerlukan ujian PCR dan jika didapati positif, pesakit perlu pulang ke rumah dan mengasingkan diri. Doktor akan memaklumkan kepada MOH, yang kemudian akan menghubungi pesakit bagi memberikan arahan seterusnya tentang apa yang perlu dilakukan.

Mereka yang sudah lengkap divaksin perlu mengasingkan diri mereka selama 10 hari manakala mereka yang belum divaksin perlu mengasingkan diri selama 14 hari.

MOH menyatakan ia sudah "melonggarkan" syarat-syarat yang memerlukan pengasingan kendiri dijalankan di dalam sebuah bilik yang ada tandas.

Ini dibenarkan selagi orang-orang yang menggunakan tandas itu dapat membersihkannya selepas ia digunakan supaya anggota keluarga lain tidak terdedah kepada jangkitan.

Mereka sama ada akan ditempatkan di bawah program pemulihan di rumah atau jika rumah mereka tidak sesuai, mereka boleh menjalani pemulihan di kemudahan-kemudahan jagaan yang sesuai, menurut MOH.

Para wakil MOH akan menghubungi pesakit untuk bertanya kepada mereka tentang siapa yang menetap di rumah yang sama dan keadaan di rumah.

Ini akan membolehkan MOH lebih memahami keadaan supaya dapat memberikan nasihat sama ada ia selamat untuk pesakit menjalani pengasingan di rumah atau perlu membuat aturan menjalani pengasingan di kemudahan pengasingan masyarakat, tambah MOH.

Kebanyakan pesakit dijangka dapat menjalani pengasingan kendiri di rumah, menurut MOH lagi.

Di hujung tempoh pengasingan mereka, aplikasi TraceTogether di telefon bimbit mereka akan secara automatik mengemas kini status bahawa mereka sudah "dilepaskan" daripada pengasingan.

JIKA ANDA POSITIF COVID-19 TETAPI TIDAK BERGAJALA

Mereka yang sihat dan menjalani ujian ART atas sebab-sebab seperti ujian praacara, perlu mengasingkan diri selama 72 jam dan menjalani satu lagi ujian pada hujung tempoh itu.

Meskipun perlu mengasingkan diri, mereka boleh pergi ke mesin-mesin layan diri untuk mendapatkan kit ujian ART, menurut MOH.

Jika didapati tidak dijangkiti COVID-19, mereka boleh menamatkan tempoh pengasingan diri dan menyambung kegiatan seperti biasa.

Namun, jika keputusan ujian terus menunjukkan positif, individu itu mesti mengasingkan diri, menurut MOH.

Jika seseorang mengalami simptom-simptom seperti demam panas atau sukar bernafas, individu itu perlu berjumpa doktor, menurut MOH, sambil menambah khidmat teleperubatan boleh dipilih.

Para pekerja yang didiagnos dengan COVID-19 menerusi ujian ART namun "sihat secara fizikal" boleh terus bekerja dari rumah, jika boleh.

Jika bekerja dari rumah tidak boleh dilakukan, mereka perlu mengambil cuti sakit berbayar, namun tidak perlu menunjukkan sijil perubatan atau MC, menurut MOH.

Mereka boleh kembali ke tempat kerja apabila ujian ART menunjukkan keputusan negatif selepas 72 jam.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan