Virus Korona

Images
  • victoria australia covid-19
    (Gambar fail: REUTERS/Sandra Sanders)

Tiada korban COVID-19 dalam masa 2 bulan di Victoria

VICTORIA: Tiada kematian baru COVID-19 dilaporkan di wilayah Victoria, Australia buat pertama kalinya dalam masa dua bulan.

Jumlah harian kes baru pula terus berkurangan.

Hari ini (15 Sep) 42 kes dilaporkan.

Victoria akan melonggarkan lagi sekatannya mulai lusa.

Di bawah tahap ketiga kelonggaran itu para penduduk boleh keluar rumah tanpa sebarang tujuan khusus.

Sehingga 10 orang pula boleh berkumpul di luar rumah manakala kafe-kafe boleh menampung sehingga 50 pelanggan di bahagian luarnya.

Selain itu semua sukan masyarakat bagi kanak-kanak juga boleh sambung.

Bagi orang-orang dewasa, mereka boleh kembali melakukan kegiatan sukan yang tidak melibatkan sentuhan tubuh.

Sungguhpun begitu kepungan ke atas bandar Melbourne telah dilanjutkan sehingga 28 hari bulan ini dengan sedikit kelonggaran sejak semalam (14 Sep).

- Agensi berita/MU/na

Top