Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand laporkan 2 kes baru COVID-19

Thailand mengesahkan dua kes baru COVID-19, kata seorang pegawai kanan kesihatan, yang menjadikan jumlah jangkitan virus korona di negara itu 37 orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand laporkan 2 kes baru COVID-19

Orang ramai dengan pelitup muka berjalan di hadapan pengimbas termal ketika mereka memasuki pusat beli-belah di Bangkok pada 29 Mac 2020. (Gambar: Mladen Antonov/AFP)

Diterbitkan : 25 Feb 2020 02:45PM Dikemas Kini : 25 Feb 2020 02:47PM

BANGKOK: Thailand mengesahkan dua kes baru COVID-19, kata seorang pegawai kanan kesihatan, yang menjadikan jumlah jangkitan virus korona di negara itu 37 orang.

Kedua-dua kes baru tersebut adalah warga Thailand, kata Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Thailand, Sukhum Kanchanapimai semasa sidang akhbar hari ini (25 Feb).

Salah seorang pesakit adalah wanita berusia 31 tahun, dan mempunyai ahli keluarga dengan sejarah perjalanan dari China, kata Encik Sukhum sambil menambah bahawa para pegawai sedang menyiasat seluruh keluarga itu.

"(Kes) yang kedua berusia 29 tahun, pemandu lelaki untuk para pelancong China," katanya.

Seramai 22 pesakit sudahpun dibenarkan pulang di Thailand manakala 15 lagi masih menjalani rawatan. 

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan