Skip to main content

Iklan

Iklan

Thailand lapor kes tempatan pertama COVID-19 dalam tempoh lebih sebulan

Thailand mencatatkan dua kes jangkitan tempatan, iaitu yang pertama dalam tempoh lebih sebulan, menurut pusat pentadbiran COVID-19 pada Sabtu (17 Okt). 

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand lapor kes tempatan pertama COVID-19 dalam tempoh lebih sebulan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Oct 2020 04:18PM Dikemas Kini : 17 Oct 2020 04:21PM

BANGKOK: Thailand mencatatkan dua kes jangkitan tempatan, iaitu yang pertama dalam tempoh lebih sebulan, menurut pusat pentadbiran COVID-19 pada Sabtu (17 Okt).

Menurut laporan harian pusat tersebut, kes baru itu melibatkan dua rakyat Myanmar yang tinggal berdekatan dengan sempadan Myanmar di mana penularan COVID-19 melonjak baru-baru ini.

Kedua-dua kes itu diuji pada 13 Okt. Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala tetapi hasil ujian kembali positif, menurut pusat itu dalam kenyataannya. Kali terakhir kes penularan tempatan di Thailand adalah pada awal September lalu.

Thailand pada minggu lalu menyatakan ia akan menangguhkan rancangan untuk menyambut ketibaan kumpulan pertama pelawat asing disebabkan oleh isu pentadbiran, kata seorang pegawai kanan. Ini menambahkan ketidaktentuan tentang bila negara itu akan menyambut semula kedatangan pelawat yang dianggap penting bagi ekonominya.

Proses-proses terlibat dalam memohon dan mengeluarkan visa khas melengahkan pembukaan semula sektor pelancongan negara itu, kata gabenor Penguasa Pelancongan Thailand (TAT) Yuthasak Supasorn. Beliau menambah sekitar 100 pelawat dijangka tiba di negara itu pada bulan ini.

Ketibaan pelawat asing dihentikan pada April lalu setelah kerajaan Thailand melarang penerbangan komersil bagi mengekang penularan COVID-19.

Thailand mencatatkan lebih 3,600 kes positif COVID-19, iaitu antara negara dengan kes jangkitan terendah di Asia, tetapi ekonominya mungkin menguncup ke paras rekod 7.8 peratus.  

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan