Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand lapor kes COVID-19 pertama varian B117 dari Britain

Thailand hari ini (7 Apr) mengesahkan kes COVID-19 tempatan pertama membabitkan varian B117 UK. 

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand lapor kes COVID-19 pertama varian B117 dari Britain

Seorang penduduk Thailand diimbas suhu badan di tengah pandemik COVID-19 (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 07 Apr 2021 09:26PM Dikemas Kini : 07 Apr 2021 09:32PM

BANGKOK: Thailand hari ini (7 Apr) mengesahkan kes COVID-19 tempatan pertama membabitkan varian  B117 UK. 

Pakar virologi dari Universiti Chulalongkorn Dr Yong Poovorawan berkata varian UK itu boleh merebak 1.7 kali lebih cepat berbanding virus tanpa mutasi.

"Varian baru itu dikesan di kluster Thonglo (tempat hiburan) membabitkan 24 pesakit,” katanya pada taklimat di Kementerian Kesihatan Awam hari ini. 

Sementara itu, Menteri Pengangkutan Saksayam Chidchob diuji positif COVID-19 hari ini sementara sekurang-kurangnya 10 menteri kabinet dan ahli parlimen mula menjalani kuarantin selepas menjadi kontak rapat kes positif di Bangkok.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam Anutin Charnvirakul yang menghadiri upacara keagamaan di wilayah Buriram antara yang menjalani kuarantin di rumah.

Saksayam, antara penerima dos pertama vaksin COVID-19 bulan lalu, percaya beliau dijangkiti daripada seorang pegawai di pejabatnya. Kini beliau menjalani rawatan di Hospital Buriram. Saksayam dijadual menerima dos kedua hari ini.

Sejak 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 334 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 29,905 dan 95 kematian setakat ini.

Terdahulu, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha mempengerusikan mesyuarat kabinet maya berikutan kebanyakan anggota kabinet menjalani kuarantin. 

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata daripada 334 kes baru, sejumlah 327 adalah penularan tempatan termasuk 174 melibatkan mereka yang mendapat rawatan di hospital dan 153 melalui pengesanan kes aktif. Tujuh kes import dilaporkan.

Katanya, Bangkok mencatatkan 216 kes baharu berkaitan dengan pusat hiburan.

Gelombang baru wabak COVID-19 yang bermula pada Ahad (4 Apr) kini merebak ke 27 wilayah.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan