Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Thailand lanjut tempoh penangguhan pembaharuan visa bagi warga asing yang terkandas

Thailand pada Isnin (28 Sep) menyatakan ia akan melanjutkan tempoh untuk menangguhkan pembaharuan visa bagi warga asing yang terkandas di negara itu akibat pandemik COVID-19 sehingga penghujung Oktober.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand lanjut tempoh penangguhan pembaharuan visa bagi warga asing yang terkandas

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 28 Sep 2020 07:58PM Dikemas Kini : 28 Sep 2020 08:02PM

BANGKOK: Thailand pada Isnin (28 Sep) menyatakan ia akan melanjutkan tempoh untuk menangguhkan pembaharuan visa bagi warga asing yang terkandas di negara itu akibat pandemik COVID-19 sehingga penghujung Oktober, sedang sekatan perjalanan masih dilaksanakan dan kes jangkitan baru meningkat di seluruh dunia.

Pelanjutan itu membolehkan warga asing untuk kekal di Thailand sehingga 31 Okt, kata seorang jurucakap bagi pasukan bertindak virus korona kerajaan Taweesin Wisanuyothin kepada Reuters.

Hal itu tertakluk kepada kelulusan kabinet pada Selasa (29 Sep).

Semua penerbangan komersil digantung di Thailand pada April dan negara itu juga melarang kemasukan pendatang asing dalam usaha untuk membendung penularan COVID-19, dengan penghantaran pulang melalui penerbangan satu-satunya cara untuk meninggalkan negara itu.

Pada Julai, pihak berkuasa meluluskan pelanjutan visa secara automatik kepada 26 Sep bagi semua warga asing.

Selepas Oktober, satu peraturan imigresen baru yang membolehkan warga asing memohon bagi pelanjutan selama 60 hari untuk kekal di negara itu jika mereka tidak dapat meninggalkan negara itu kerana penerbangan yang terhad atau isu-isu lain, kata timbalan pesuruhjaya Biro Imigresen Pornchai Kuntee kepada Reuters.

Sebelum ini, sebarang permohonan pelanjutan memerlukan dokumen daripada duta masing-masing dan dihadkan kepada 30 hari.

Pihak berkuasa Thailand pada Isnin juga melanjutkan perintah darurat di negara itu sehingga penghujung Oktober.

Thailand mencatat 3,545 kes COVID-19, dan 59 kematian.

Kerajaan negara itu pada bulan ini meluluskan permohonan visa sehingga 270 hari bagi pelancong jangka panjang dan sedang membuat persiapan untuk menerima beberapa pelawat asing mulai bulan depan, meskipun langkah itu mungkin ditangguhkan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan