Skip to main content

Iklan

Iklan

Thailand dalam proses tambah bekalan vaksin COVID-19

Thailand kini dalam proses memperolehi lebih banyak vaksin COVID-19 selepas negara itu berdepan dengan gelombang ketiga penularan virus tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand dalam proses tambah bekalan vaksin COVID-19

Seorang penduduk Thailand diimbas suhu badan di tengah pandemik COVID-19 (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 18 Apr 2021 10:16PM Dikemas Kini : 18 Apr 2021 10:19PM

BANGKOK: Thailand kini dalam proses memperolehi lebih banyak vaksin COVID-19 selepas negara itu berdepan dengan gelombang ketiga penularan virus tersebut.

Timbalan Jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun berkata pihak berkuasa merancang untuk memperoleh vaksin COVID-19 dari Amerika Syarikat (AS) dan Rusia selepas negara itu menyasarkan matlamat untuk menyuntik 50 peratus penduduknya pada hujung tahun ini.

"Kementerian Luar Thailand sedang dalam proses penyelarasan dengan pihak berkuasa Russia dalam usaha mendapatkan Sputnik V," katanya pada taklimat COVID-19 hari ini (18 Apr).

Sebanyak 605,259 dos vaksin Sinovac dan AstraZeneca diberikan di negara itu dengan sebahagian besar kepada petugas barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi sejak program vaksinasi bermula pada 28 Februari.

Sementara itu, Pemangku Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit (DDC) untuk bahaya kesihatan kecemasan dan kawalan penyakit, Dr Chawetsan Namwat berkata Thailand akan memulakan vaksinasi besar-besarannya pada Jun.

Beliau berkata, vaksin AstraZeneca yang dihasilkan dalam negeri dijangka tersedia pada Jun dengan enam juta dos ditetapkan untuk dilancarkan pada Jun diikuti dengan 10 juta dos lagi pada Julai.

Sementara itu, pengeluar biofarmaseutikal Thailand, Siam Bioscience Co Ltd, semalam menyatakan bahawa kemajuan pemindahan teknologi dan pengeluaran vaksin AstraZeneca mengikut jadual yang ditetapkan.

Dalam kenyataannya, firma itu menyatakan sampel daripada kumpulan ujian sudah dihantar untuk ujian kualiti di makmal AstraZeneca yang ditetapkan di Eropah dan Amerika Syarikat.

"Hasil awal pengujian kualiti memenuhi standard global yang ditetapkan oleh AstraZeneca.

"AstraZeneca akan menyerahkan vaksin itu kepada kerajaan Thailand seperti yang dijadualkan pada Jun ini mengikut perjanjian pembelian dua hala antara AstraZeneca dan kerajaan Thailand, tanpa sebarang pembabitan Siam Bioscience dalam proses pemerolehan vaksin kerajaan," katanya lagi. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan