Skip to main content

Iklan

Iklan

Thailand catat 3 kes baru COVID-19 termasuk 2 warga asing

Thailand merekodkan tiga kes baru COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh sehari, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,351 kes dengan 58 kematian sehingga kini (9 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand catat 3 kes baru COVID-19 termasuk 2 warga asing

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 09 Aug 2020 08:19PM Dikemas Kini : 09 Aug 2020 08:27PM

BANGKOK: Thailand merekodkan tiga kes baru COVID-19 dan sifar kematian dalam tempoh sehari, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,351 kes dengan 58 kematian sehingga kini (9 Ogos).

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) dalam satu kenyataan memaklumkan kes baru itu termasuk dua warga asing masing-masing seorang lelaki Bangladesh berusia 31 tahun dan wanita India berusia 41 tahun.

Satu lagi kes baru membabitkan wanita Thailand berusia 30 tahun yang kembali dari Amerika Syarikat.

Ketiga-tiga mereka kini menjalani kuarantin wajib di kemudahan disediakan kerajaan, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam Thailand memberitahu bahawa kesemua 2,582 pengunjung yang menghadiri konsert Janey Daimodthasodchuen pada Pesta Amal Palang Merah di wilayah selatan Nakhon Si Thammarat pada 25 Julai lalu, didapati negatif COVID-19.

Konsert yang penuh sesak itu menimbulkan kemarahan orang ramai kerana peminat gagal menjaga jarak selamat dan memakai pelitup.

Penganjur kemudian didakwa kerana melanggar perintah darurat.

Sumber : Bernama/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan