Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Tempoh kuarantin pelawat asing ke Indonesia dikurangkan

Pemerintah Indonesia memutuskan untuk mengurangkan tempoh kuarantin wajib bagi pelawat antarabangsa, rakyat Indonesia dan warga asing, kepada tiga hari berbanding lima hari sebelum ini, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto pada Selasa (2 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Pemerintah Indonesia memutuskan untuk mengurangkan tempoh kuarantin wajib bagi pelawat antarabangsa, rakyat Indonesia dan warga asing, kepada tiga hari berbanding lima hari sebelum ini, kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi Airlangga Hartarto pada Selasa (2 Nov).

"Peraturan ini terpakai kepada pelawat antarabangsa yang memenuhi syarat, termasuk lengkap divaksin dan negatif ujian saringan COVID-19 berdasarkan keputusan ujian PCR (ujian Tindak Balas Berantai Polimerase) sebelum berlepas, selepas ketibaan di Indonesia, dan pada hari terakhir kuarantin," kata  Hartarto dalam satu kenyataan akhbar, lapor Xinhua.

Sementara itu, pengembara domestik yang lengkap vaksin dikehendaki menunjukkan keputusan negatif ujian swab antigen atau ujian PCR bagi mereka yang hanya menerima satu dos vaksin COVID-19.

Hartarto berkata pandemik COVID-19 di Indonesia adalah terkawal kerana jumlah kes terus menunjukkan trend penurunan.

Sementara itu, Indonesia turut mencadangkan penubuhan laluan perjalanan vaksinasi (VTL) dengan Australia, kata Menteri Pelancongan Sandiaga Uno pada taklimat media, Isnin.

Setakat ini, pelawat dari 19 negara, termasuk China, Perancis, New Zealand dan Amiriah Arab Bersatu, dibenarkan melancong ke Bali.

Indonesia kini dalam fasa memulihkan ekonominya sambil menjangka kemungkinan gelombang ketiga pandemik yang dijangka berlaku ketika musim cuti Krismas dan Tahun Baru.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan