Skip to main content

Iklan

Iklan

Tempoh HBL bagi sekolah rendah dilanjutkan hingga 7 Oktober

Tempoh pembelajaran di rumah (HBL) bagi semua sekolah rendah dan pendidikan khas (SPED) akan dilanjutkan hingga 7 Oktober sebagai "langkah waspada tambahan".

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh HBL bagi sekolah rendah dilanjutkan hingga 7 Oktober

Gambar hiasan: Unsplash

Diterbitkan : 24 Sep 2021 07:39PM Dikemas Kini : 24 Sep 2021 07:54PM

SINGAPURA: Tempoh pembelajaran di rumah (HBL) bagi semua sekolah rendah dan pendidikan khas (SPED) akan dilanjutkan hingga 7 Oktober sebagai "langkah waspada tambahan".

Demikian menurut Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (24 Sep).

Tempoh yang dilanjutkan itu akan membolehkan murid-murid untuk duduk di rumah sepanjang baki minggu itu, tambah MOH.

Hari Kanak-kanak, yang jatuh pada 8 Oktober ditetapkan sebagai cuti sekolah di sekolah-sekolah rendah.

Pengumuman itu dibuat sedang Singapura melaporkan 1,504 kes baru COVID-19 pada Khamis (23 Sep) iaitu yang tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara ini awal tahun lalu.

Kementerian Pendidikan (MOE) sebelum ini pada 18 September berkata bahawa HBL akan dilaksanakan bagi semua sekolah rendah dan SPED dari 27 September hingga 6 Oktober untuk melindungi dengan lebih baik lagi kanak-kanak yang belum lagi layak dari segi perubatan untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Tiada perubahan dalam aturan bagi murid-murid Darjah 6, yang akan diberi cuti belajar dari 25 September hingga 29 September menjelang Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).

Ujian bertulis PSLE akan bermula pada 30 September dan tamat pada 6 Oktober.

Institut-institut Pendidikan Swasta (PEI) juga mesti melaksanakan HBL untuk semua murid-murid berusia 12 tahun dan ke bawah dari 27 September hingga 10 Oktober, meskipun khidmat-khidmat prasekolah di PEI boleh kekal dibuka.

"Sewaktu tempoh ini, sesi tuisyen dan kelas pengayaan secara fizikal bagi murid-murid berusia 12 tahun dan ke bawah mesti beralih online atau digantung sementara," tambah kementerian itu.

"Prasekolah, tadika MOE, Khidmat KCare dan Pusat Jagaan Pelajar akan kekal dibuka sepanjang tempoh ini tetapi para ibu bapa digalak menjaga anak-anak mereka di rumah sekiranya boleh."

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan