Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Taiwan sahkan 3 kes COVID-19 varian Brazil

Taiwan hari ini (21 Feb) mengesahkan tiga kes jangkitan COVID-19 melibatkan varian yang pertama kali dikesan di Brazil.

Anggaran Waktu Membaca:
Taiwan sahkan 3 kes COVID-19 varian Brazil

Orang awam memakai pelitup dalam kereta api di Taoyuan, Taiwan, 25 Jan 2021. (Gambar: Reuters/Ann Wang)

Diterbitkan : 21 Feb 2021 04:31PM Dikemas Kini : 21 Feb 2021 04:34PM

TAIPEI: Taiwan hari ini (21 Feb) mengesahkan tiga kes jangkitan COVID-19 melibatkan varian yang pertama kali dikesan di Brazil. Sehubungan itu, semua yang tiba di Taiwan dari negara itu perlu dikuarantin di satu tempat dikhususkan mulai minggu ini.

Menteri Kesihatan Taiwan, Chen Shih-chung berkata tiga orang, yang jangkitan awalnya diumumkan pada bulan lalu dan dirawat di hospital, semalam (20 Feb) disahkan dijangkiti virus yang dikenali sebagai varian P1 Brazil.

Encik Chen menambah, mulai tengah malam Rabu (24 Feb), semua yang tiba di Taiwan dari Brazil atau berada di Brazil dalam tempoh 14 hari sebelumnya mesti dikuarantin di satu kemudahan dikhususkan selama dua minggu, begitu juga mereka yang tiba dari Britain dan Afrika Selatan untuk mencegah penularannya varian-varian berasingan daripada dikesan di negara itu.

Semua pelawat lain yang tiba di Taiwan mesti menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari dan akan dipantau rapi oleh pihak berkuasa untuk memastikan mereka tidak keluar rumah.

Pandemik ini sudah membunuh 245,977 orang di Brazil, jumlah kematian paling tinggi di luar Amerika Syarikat.

Brazil mencatat lebih 10 juta kes disahkan COVID-19, sedang varian baru yang dikesan di Amazon itu mengancam untuk terus menular di negara di mana vaksinasi di banyak bandar terhambat dek kekurangan vaksin.

Taiwan sejauh ini berjaya membendung penularan COVID-19 disebabkan langkah-langkah pencegahan awal yang berkesan, termasuk menutup sempadannya. Ia kini mencatat hanya 40 kes aktif yang sedang dirawat di hospital.

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan