Skip to main content

Iklan

Iklan

Taiwan lapor sifar kes baru tempatan COVID-19 sejak 9 Mei

Buat pertama kalinya, Taiwan melaporkan sifar kes baru tempatan COVID-19 hari ini (25 Ogos) sejak 9 Mei apabila ia tidak mencatat sebarang penularan dalam masyarakat. Keadaan pandemik di pulau itu kini di bawah kawalan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Taiwan lapor sifar kes baru tempatan COVID-19 sejak 9 Mei

Sebuah pusat vaksinasi di Taipei, Taiwan, pada 23 Ogos 2021. (Gambar: Annabelle Chih/REUTERS)

Diterbitkan : 25 Aug 2021 07:08PM Dikemas Kini : 25 Aug 2021 07:09PM

TAIPEI: Buat pertama kalinya, Taiwan melaporkan sifar kes baru tempatan COVID-19 hari ini (25 Ogos) sejak 9 Mei apabila ia tidak mencatat sebarang penularan dalam masyarakat. Keadaan pandemik di pulau itu kini di bawah kawalan.

Jumlah kes COVID-19 di Taiwan mula meningkat pada pertengahan Mei selepas berbulan-bulan melaporkan sifar atau beberapa jangkitan tempatan. Ini menggesa pemerintah untuk menguatkuasakan sekatan ke atas perhimpunan, menutup tempat hiburan serta menlarang orang ramai daripada duduk makan di restoran.

Dengan kejayaan sekatan-sekatan seumpama itu serta ujian yang dipertingkat dan pematuhan meluas peraturan termasuk memakai pelitup, sekatan-sekatan itu dilonggarkan bulan lalu.

Kawalan sempadan dan kuarantin untuk semua pelawat yang tiba di sana juga diperketatkan.

Meskipun Menteri Kesihatan Chen Shih-chung berkata beliau gembira melihat tiada kes baru tempatan, orang ramai tidak seharusnya berpeluk tubuh dan berhenti daripada terus berjaga-jaga.

Hampir kesemua kes penularan domestik di Taiwan melibatkan varian Alpha yang dominan di seluruh dunia sebelum ini berbanding varian Delta yang amat mudah berjangkit.

Taiwan melaporkan 15,939 kes sejak pandemik bermula termasuk 830 kematian. 

Sumber : Reuters/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan